KWSP Beri Dividen Paling Tinggi Tahun 2013 6.35% - pakdin.my

kwsp-6.35-peratus-2013

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, hari ini mengumumkan dividen 6.35 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Dividen itu adalah lebih tinggi berbanding pada tahun 2012 yang mencatat 6.15 peratus.

Dalam satu kenyataan, Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, ia adalah dividen tertinggi pernah diagihkan kepada pencarum, berjumlah RM 31.20 billion.

Jumlah itu, 13.66 peratus lebih tinggi berbanding jumlah dividen yang diagih pada tahun 2012, iaitu RM 27.45 billion.

Kadar dividen itu diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar KWSP yang mencatat rekod tertinggi sebanyak RM 35 bilion, berbanding RM 31.012 bilion yang dicatat pada 2012.

Eekuiti muncul sebagai penyumbang terbesar dengan menjana RM 19.52 bilion pendapatan, berbanding 13.9 bilion yang dicatat pada tahun sebelumnya.

Prestasi kukuh dalam portfolio ekuiti disokong oleh indeks domestik dan global yang mencapai paras tertinggi, berikutan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan kekuatan asas ekonomi pasaran domestik selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13, Mei tahun lalu.

www.kwsp.gov.my

Menurut Tan Sri Samsuddin, penyata akaun KWSP yang telah dikredit dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara atas talian melalui i-akaun di laman sesawang tertera.

Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun dari kios KWSP atau cawangan yang berdekatan mulai esok.

 

UTAMAEKONOMIKWSP Beri Dividen Paling Tinggi Tahun 2013 6.35%

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium