27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Labur Wang Untuk Dapatkan Lebih Banyak Wang?

×

“Saya boleh buat wang lebih banyak dengan melabur dalam perniagaan emas,” seorang teman memberitahu penulis di sini baru-baru ini.

“Betul ke? Emas adalah satu komoditi (barangan) mahal dan memerlukan wang yang banyak bagi melabur dalam perniagaan sedemikian,” jawab penulis.

Kata teman itu lagi, beliau telah melabur sebanyak RM30,000 untuk membeli emas dan syarikat pelaburan tersebut memberi jaminan beliau akan menerima dividen sebanyak RM600 sebulan untuk setiap bulan selagi dia melabur.

“Boleh dapat lebih lagi dividen bulanan jika pelaburannya lebih besar,” tambah teman itu lagi.

Pada RM600 sebulan, pelabur boleh menerima jumlah dividen sebanyak RM7,200 bagi 12 bulan tahun itu dan masih mempunyai pelaburan asal sebanyak RM30,000.

Itu hanya untuk satu tahun. Kalau bagi lima tahun, dividennya ialah RM36,000 selain RM30,000 pelaburan asal.

Begitu menguntungkan? Sangat mudah dan ‘indah’ bunyinya.

PELABURAN EMAS

“Teman anda telah mengambil risiko besar,” jelas aktivis konsumer Gurmukh Singh kepada penulis bila diberitahu tentang isu tersebut.

Ada beberapa aspek yang pelabur perlu kaji sebelum membuat pelaburan dalam skim seumpama itu.

“Pertama, periksa dulu dan lihat latar belakang syarikat. Mungkin ia wujud secara sah tetapi adakah ia mempunyai lesen mengadakan perniagaan seumpama?

“Adakah aktiviti menerima deposit tunai daripada umum untuk tujuan pelaburan emas dapat kelulusan pihak berkuasa?” tanya beliau.

Menurut Gurmukh, hanya bank serta institusi tertentu sahaja yang dibenarkan Bank Negara menerima deposit tunai daripada orang ramai.

“Jual dan beli emas? Hanya bank yang mempunyai lesen bagi urusan tersebut,” kata beliau.

SATU PENIPUAN?

Menurut laporan berita, beratus orang di seluruh negara telah ditipu syarikat yang menawarkan pelaburan emas.

Dalam satu laporan media, seorang mangsa mendakwa dia ditawarkan pulangan lumayan dalam bentuk dividen bulanan bagi pelaburan emas. Mangsa juga ditawarkan ketul emas bagi mengesahkan ketulenan emas itu.

Puashati dengan ketulenan emas tersebut, pelabur berkenaan meletakkan sejumlah besar wangnya dalam skim tersebut. Kerana mahukan pulangan yang lebih besar, beliau sanggup meminjam daripada keluarga dan rakan.

Mangsa itu juga sanggup meminjam dari ‘Along’ (ceti haram) bagi melabur dalam skim itu.

Untuk bulan pertama pelaburan, mangsa menerima dividen tepat pada masanya manakala bagi bulan kedua bayarannya agak lewat sedikit tetapi mangsa tetap menerima ‘habuan’.

Tetapi bagi bulan ketiga, bayaran dividen tidak muncul-mincul dalam akaun bank mangsa. Bila mangsa pergi ke alamat syarikat itu beroperasi, beliau dapati premis itu kosong dan syarikat telah lenyap dan hilang entah ke mana.

SKIM CEPAT KAYA

Apa itu skim cepat kaya?

Menurut pihak berwajib dalam bidang pelaburan, skim cepat kaya adalah satu pelan yang menjanjikan pulangan yang tinggi. Istilah skim cepat kaya telah digunakan bagi pelan pelaburan ‘yang meragukan’ semenjak awal 1900.

Kebanyakan skim seumpama itu menjanjikan pelabur pulangan yang tinggi dengan kononnya risiko yang rendah selain tanpa memerlukan kebolehan.

Kekayaan boleh diterima dalam masa yang begitu singkat.

Ada antara skim cepat kaya ini memberi gambaran seolah-olah pelabur boleh jadi kaya hanya dengan berada di rumah dan tanpa perlu bekerja.

Menurut pakar-pakar dalam bidang ini lagi, skim cepat kaya mempunyai konsep bahawa seseorang itu boleh jadi kaya dengan cepat jika beliau berani mengambil risiko – satu konsep yang sama dengan industri perjudian.

Dalam perjudian, pelabur boleh hilang segala pelaburan asalnya walaupun dapat beberapa pulangan yang kecil sebelum itu.

“Keadaannya sama dengan membeli tiket loteri… peluang untuk menang loteri adalah kecil tetapi pembeli sebenarnya menggunakan banyak wang dalam jangkamasa yang lama (membeli tiket loteri),” jelas Gurmukh.

MUDAH TERPIKAT?

Kenapa sesetengah anggota masyarakat begitu mudah terjerat bila sebenarnya mereka tahu bahawa mereka boleh ditipu dalam skim-skim begini?

Menurut Gurmukh, orang mudah terpikat dengan janji cepat menjadi kaya dan membenarkan diri mereka percaya kepada situasi tersebut.

“Mereka yang memulakan skim, pakej dan peluang untuk menjadi cepat kaya adalah orang yang sebenarnya akan cepat kaya. Apa yang mereka perlu buat adalah hanya menjanjikan kekayaan yang cepat dan besar bagi pelabur.

“Janji yang dibuat pengendali skim cepat kaya tentang pulangan kewangan tinggi adalah begitu manis sekali.

“Manakala mereka yang menjadi mangsa pula tidak menyangka sama sekali yang penyertaan mereka dalam pelaburan sebegini akan akhirnya membawa kesengsaraan.

“Janji menerima wang yang banyak telah mengaburi mata mangsa terhadap penipuan sebegini,” tambah beliau.

Berita Berkaitan

Remaja naif

KEBELAKANGAN ini isu membabitkan remaja ditahan dalam pesta liar semakin kerap dan perkembangan itu...

PAS sasar peranan ‘kingmaker’ dengan sertai 2 gabungan politik

PAS menyasarkan peranan “kingmaker” dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu ia membentuk jawatankuasa...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan