Wednesday - August 4, 2021 @ 00:26
POLITIKLagi Bantahan Penyokong Dan Ahli PAS Terhadap DAP

Lagi Bantahan Penyokong Dan Ahli PAS Terhadap DAP

demo penyokong pas pahangMARAN  — Anggota dan penyokong PAS di Pahang mengadakan demonstrasi aman membantah campurtangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Mereka berkumpul di hadapan Masjid As-Syakirin, Maran kira-kira 5.30 petang dan turut membakar poster Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Rabu.

Wakil kumpulan berkenaan, Muhammad Rolbani Ibrahim, dari Pas Ranting Jerantut yang mewakili kumpulan kira-kira 50 orang itu, turut mendesak kepimpinan PAS supaya tidak takut dengan DAP.

“Kami juga mahu pucuk pimpinan PAS nyatakan apakah hukumnya jika kami membantu dan menyokong DAP dalam pilihan raya umum nanti yang begitu bertegas mahu bukan Islam menggunakan kalimah Allah,” katanya ketika ditemui di sini.

Demonstrasi itu disuraikan pihak polis kira-kira setengah jam kemudian tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here