Lagi bot karam di perairan Sepang – 10 batu nautika dari kejadian kelmarin - pakdin.my

wpid-bot-karam-pati-sungai-air-hitam.jpg

Sehari selepas sebuah bot kayu membawa 97 pendatang asing tanpa izin dari Indonesia karam di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey, satu lagi kes melibatkan bot pancung karam berlaku di perairan Selangor dan kali ini melibatkan 27 mangsa juga dipercayai warganegara Indonesia.

Kejadian berlaku pada pukul 3 pagi ini di perairan Sepang.

Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya menemukan 18 mangsa termasuk seorang yang parah di bahagian perut manakala sembilan lagi masih hilang.

Semalam kira-kira pukul 12.21 tengah malam, bot kayu membawa 97 PATI itu karam dan sehingga pukul 7 petang semalam, sembilan didapati mati lemas manakala 26 masih hilang.

UTAMABERITALagi bot karam di perairan Sepang - 10 batu nautika dari...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium