Lagi Bungkusan Mayat Ditemui Di Pulau Pinang (video) - pakdin.my

Lagi Bungkusan Mayat Ditemui Di Pulau Pinang

Bagaikan satu trend.

Siang tadi, satu lagi mayat berbungkus ditemui.

Mayat dibungkus dengan kain pelikat dan ditemui di tepi semak ladang kelapa sawit di Kampung Tok Saadon, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Mayat dipercayai daripada kalangan warga asing.

Mayat ditemui beberapa orang pekerja ladang itu pada pukul 9 pagi tadi ketika mereka sedang membersihkan semak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan penemuan itu.

Siasatan awal pihak polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat.

Menurut Rusli, mangsa dipercayai meninggal di tempat lain dan dibuang ke situ.

Sepanjang tahun ini, di sekitar daerah bukit mertajam sahaja sudah 10 mayat berbungkus, asal dipercayai warga asing dijumpai.

Mayat dihantar untuk bedah siasat di Hospital Bukit Mertajam.

 

 

UTAMABERITALagi Bungkusan Mayat Ditemui Di Pulau Pinang (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium