Lagi kebakaran membabitkan LRT di Stesen Universiti - pakdin.my

lrt-stesen-universiti-terbakar (3)

Beberapa jam selepas kebakaran membabitkan Transit Aliran Ringan (LRT) dari stesen Dato Keramat ke stesen Titiwangsa pagi tadi, sebuah lagi LRT empat gerabak terbakar di bahagian penyambung antara gerabak di Stesen Universiti, di sini, pada 12.15 tengah hari tadi.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur M. Letchumanan berkata, LRT yang dalam perjalanan dari stesen Kelana Jaya ke stesen Ampang itu berhenti di Stesen Universiti, di sini, apabila salah seorang penumpang menekan loceng kecemasan selepas melihat asap tebal yang keluar di bahagian bawah penyambung gerabak.

“Pihak kami terima panggilan 12.18 tengah hari sebelum tiba empat minit kemudian. Api berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan 53 penumpang di dalam empat gerabak dipindahkan dengan selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat.

lrt-stesen-universiti-terbakar (2) lrt-stesen-universiti-terbakar (1)

UTAMABERITALagi kebakaran membabitkan LRT di Stesen Universiti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium