28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Lagi pelancong wanita beraksi tidak sopan di depan Masjid UMS

KOTA KINABALU – Kelakuan tidak senonoh pelancong wanita warganegara asing di pekarangan masjid sekali lagi menggemparkan masyarakat tempatan apabila hari ini tular dalam laman sosial Facebook, pelancong wanita melakukan aksi ala akrobatik di depan Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

Kepingan foto tersebut memaparkan seorang wanita berpakaian seksi sedang melakukan akrobatik yang mana kaki di atas dan kepalanya pula di bawah.

Lebih mengecewakan apabila perbuatan tidak sopan itu dilakukan berhampiran masjid.

Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS, Talib Abdullah Shani berkata, akibat tingkah laku kurang sopan dilakukan sebahagian kecil pelancong di universiti berkenaan sehingga tular dalam media sosial maka selepas ini pihak pengurusan akan lebih berhati-hati dan melaksanakan pemantauan dengan lebih teliti.

“Kami amat positif dan menyambut baik peningkatan jumlah pelancong luar berkunjung ke sini (universiti) kerana secara tidak langsung ia memberi nilai tambah kepada universiti.

“Bagaimanapun, disebabkan insiden yang tular pada hari ini pihak universiti akan terus memantau dan meneliti perkara ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
…………..
Kejadian sebelum:
https://pakdin.my/video-pelancong-gelek-seksi-depan-masjid/






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan