25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Lagi Pendedahan Raja Petra Mengenai Skandal Pasir di Selangor

Lagi pendedahan penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai skandal pasir di Selangor.

Dalam blognya Malaysia Today.net, Raja Petra menyebut dua Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN didakwa terbabit dalam skandal itu menerusi maklumat perbualan telefon dan dokumen transaksi wang yang diperolehnya.

Raja Petra menamakan ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.

Skandal bermula apabila satu mesyuarat diadakan pada Mei 2009 antara kontraktor pasir dengan Mat Suhaimi di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Mat Suhaimi meminta kontraktor terbabit menyerahkan permohonan perlombongan pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab dalam penjualan pasir di Selangor.

Pada 2 Julai 2009, Mat Suhaimi mengarah kontraktor terbabit menubuhkan syarikat dinamakan Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Mat Suhaimi dan Amirudin masing-masing dilantik pengarah syarikat itu dan dibayar RM5000 sebulan.

Pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd menyerahkan permohonan perlombongan pasir di Dengkil, Selangor.

Surat ini diberi kepada Mat Suhaimi dan Amirudin Shari yang kemudiannya menandatanganinya dengan tanda sokongan.

Pada tarikh sama, kedua-dua ADUN itu mendaftar sebagai Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Raja Petra mendakwa, sebelum kontraktor pasir itu mendapat kelulusan perlombongan pasir di Selangor, ADUN berkenaan meminta sumbangan kononnya untuk kempen pilihan raya dan perbelanjaan di bulan ramadan.

Wang itu juga bagi membantu Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapat kelulusan Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk perlombongan pasir di Selangor.

Pada 17 September 2009, Mat Suhaimi dan Amirudin masing-masing dibayar RM5000 sebagai pengarah.

Beberapa hari kemudian, Mat Suhaimi mengarahkan kontraktor pasir membayar RM10000 lagi untuk kos jamuan hari raya.

Mat Suhaimi sekali lagi menghubungi kontraktor terbabit pada 5 Januari 2010 dan kali ini meminta wang RM50000 ringgit.

Bayaran kali ini bukan secara tunai tetapi dimasukkan ke dalam akaun syarikat A & I Norash Enterprise di Affin Bank, Klang.

Raja Petra mendakwa syarikat itu milik rakan baik Mat Suhaimi.

Daripada jumlah RM50000, RM10000 dikeluarkan secara tunai, RM27500 dibayar kepada Smart Renovators dan RM12500 kepada Farah-Syamsyawati Sulaiman.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

[Video] GRS bincang hala tuju selepas berjaya bentuk kerajaan negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan berbincang dengan rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berjaya membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan