26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Lagi Pujian Arab Kepada Pengurusan Haji Malaysia

Pengurusan haji dan jemaah haji Malaysia adalah contoh terbaik yang harus diteladani setiap negara Islam lain, kata Ketua Operasi Pasport Asia Tenggara Arab Saudi, Naif Abdul Hameed Shahate.

Katanya beliau kagum dengan kelancaran perjalanan haji jemaah dari Malaysia dan menurutnya beliau mendapati kebanyakan jemaah haji Malaysia dibekalkan dengan pengetahun yang mencukupi untuk menyediakan diri apabila berada di tanah suci.

Beliau berkata apabila jemaah haji Malaysia tiba di lapangan terbang di sini, kebanyakan mereka sudah tahu banyak perkara mengenai tempat penginapan, bilik masing-masing, soal pasport, lokasi tempat ziarah dan sebagainya.

“Semua ini adalah hasil pengurusan yang cekap, yang membabitkan kerjasama semua jabatan yang berkaitan,” katanya menerusi seorang penterjemah ketika ditemui petugas media Tabung Haji di sebuah hotel penginapan jemaah di sini.

Operasi Pasport Asia Tenggara merupakan satu daripada jabatan di bawah Muassasah Addillak yang berada di bawah Kementerian Haji Arab Saudi yang bertanggungjawab mengenai soal pengurusan haji.

Naif seterusnya memuji pihak pengurusan jemaah haji yang menurutnya memberikan kerjasama baik kepada pihaknya dalam melicinkan perjalanan urusan haji.

Turut bersama beliau di hotel penginapan jemaah haji Malaysia itu ialah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Prof Syed Omar Syed Al-Saggaf dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Mohd Khalid Abdul Razak.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.