Lagu Janji Manismu buat Aishah di Jempol - pakdin.my

Aishah-calon-pas

Tindakan Pas meletakkan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol boleh diibaratkan seperti lagu Janji Manismu yang dipopularkan sendiri oleh penyanyi berkenaan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd. Salem Sharif berkata, ini kerana Pas hanya pandai menabur janji-janji manis tetapi tidak mahu menunaikannya apabila dituntut berbuat demikian.

Beliau berkata, pengundi mungkin memilih Aishah dalam pertandingan nyanyian tetapi mereka tidak akan mengundinya untuk menjadi pemimpin yang mewakili mereka sebagai penggubal undang-undang di Parlimen.

“Ia dua bidang yang sangat berbeza.Seorang pemimpin perlu mendengar denyut nadi rakyat sejak awal lagi. Kita tidak nampak Aishah turun padang sebelum ini.

UTAMAPILIHAN RAYALagu Janji Manismu buat Aishah di Jempol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium