Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata, Arah Penceroboh Menyerah #OpsDaulat #CerobohSabah - pakdin.my

najib ops-daulat5

Malaysia menolak gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui ‘tweet’nya, Khamis.

Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.

“Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,” katanya melalui twitter.

Terdahulu, Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

“Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis,” kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com.

Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Jurucakap itu juga memberitahu Reuters bahawa 10 pengikut Sultan di Lahad Datu telah meninggal dunia ketika berdepan dengan pasukan keselamatan Malaysia dan 10 lagi telah ditangkap.

Empat pengikut yang lain cedera, menurut Idjirani.

“Mereka tidak akan pulang ke rumah, dan lebih rela mati berjuang,” katanya mengenai baki pengikut di Sabah, menurut Reuters.

Ketua PBB sebelum ini telah menyatakan kebimbangan mengenai kesan akibat pencerobohan terhadap orang awam, termasuk pendatang di rantau ini.

UTAMABERITASABAHLahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata, Arah Penceroboh Menyerah #OpsDaulat #CerobohSabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium