LAJIM UKIN TERIMA NOTIS BANKRAP - pakdin.my

KOTA KINABALU: Satu notis bankrap telah dikeluarkan kepada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin mengenai bayaran sebanyak RM160, 951.81 kepada CIMB Islamic Bank Berhad.

Dalam notis yang disiarkan dalam akhbar harian negeri itu pada Isnin, Lajim diberi tempoh selama seminggu daripada tarikh dinyatakan untuk membayar sejumlah wang tersebut kepada peguam syarikat berkenaan selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Oktober 2016.

Notis bankrap itu memberikan tempoh masa sehingga 24 April ini untuk menyelesaikan isu tersebut.

Ketika dihubungi, Lajim berkata perkara itu sedang diuruskan oleh peguamnya dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Katanya, ia berpunca daripada kelewatan pembayaran kad kredit miliknya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Lajim berkata prosiding tersebut mempunyai hikmah kerana ia membersihkan dirinya daripada segala macam fitnah politik yang mengaitkan dirinya menerima wang daripada kerajaan memerintah untuk keluar daripada parti pembangkang.

“Mereka menyebarkan pelbagai cerita yang saya terima RM30 juta atau RM60 juta dari Umno untuk membentuk parti sendiri. Jika saya ada wang sebanyak itu, adakah masalah (bankrap) ini akan timbul,” katanya.

Lajim merupakan bekas pemimpin Umno yang keluar parti untuk menyertai PKR Sabah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Pada tahun lalu, beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Sabah untuk membentuk Parti Harapan Sabah.

Lajim berkata parti miliknya akan bergabung dengan Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Reformasi Negeri (Star).

20170116-lajim-ukin-notis-bankrap 20170116-lajim-ukin-notis-bankrap-350px

UTAMAPOLITIKLAJIM UKIN TERIMA NOTIS BANKRAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium