25 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Laman Sosial Bukan Diari Peribadi – SKMM

media-sosial-peribadi

Pengguna internet dinasihatkan agar tidak menjadikan laman sosial sebagai diari peribadi, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nur Halili Nadia Mustapha Kamal.

Beliau berkata melalui pemantauan SKMM, didapati ramai pengguna kerap mengemas kini status serta aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan peribadi termasuk berkongsi lokasi mereka berada.

“Kecuaian itu mengundang padah apabila maklumat peribadi dikongsi sebegitu. Kita tidak kenal kawan-kawan di laman sosial yang mungkin akan memanipulasi maklumat yang kita kongsi.

“Ini mengundang kepada niat jahat pihak tertentu. Sekarang kita lihat hak privasi sudah tidak ada dalam kalangan pengguna laman sosial,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Halili Nadia menasihatkan pengguna laman sosial supaya berfikir secara bijak sebelum berkongsi atau memuat naik sesuatu yang bukan sahaja akan memberi implikasi kepada mereka malah kepada orang lain.

Nur Halili Nadia berkata, pengguna juga perlu membuat tetapan pada laman sosial masing-masing untuk mengawal apa jua maklumat yang boleh dikongsi bersama-sama rakan di alam maya.

“Jika berlaku sebarang penganiayaan laman sosial, maka pengguna perlu lapor segera kepada moderator laman sosial kerana mereka akan beri keutamaan kepada anda. Kemudian barulah lapor kepada SKMM dan pihak polis jika perlu,” katanya.

Beliau juga meminta pengguna supaya tidak menjadi hamba kepada laman sosial dengan memuat naik dan berkongsi pelbagai perkara semata-mata mengejar populariti dan mendapat jumlah ‘like’ yang banyak.

Menyentuh peranan SKMM, beliau berkata suruhanjaya itu telah memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai wadah pendidikan dan pemahaman tentang isu semasa melibatkan buli siber, malah memberi panduan kepada ibu bapa untuk menanganinya.

Melalui program itu, katanya, SKMM menyalurkan pelbagai petua bagi mengelak pengguna menjadi mangsa buli siber selain memberi pendedahan supaya menggunakan internet secara lebih berwaspada.

Kata Nur Halili Nadia, kempen yang berteraskan kepada Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan kini berada pada fasa kedua yang fokus kepada isu jenayah buli siber, berkongsi maklumat peribadi secara melampau dan penipuan di internet.

“Kita buat video bersiri mengenai implikasi internet kepada pengguna selain bekerjasama bersama media dan turun padang memberi ceramah di sekolah dan institusi pengajian tinggi,” katanya sambil menambah SKMM telah menjalankan 6,000 program pendidikan internet di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Rakan sekutu berbalah berhubung jawatan KM Sabah

KOTA KINABALU: Abdul Rahman Dahlan cuba menunjukkan ekspresi biasa pada Sabtu ketika pemimpin Perikatan...

Siti Sarah mohon maaf kepada masyarakat Orang Asli

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Orang Asli...

US study: Couples should wear mask while having sex amid Covid-19 pandemic, masturbation the safest option

As the world continues to adjust to the new normal amid the Covid-19 pandemic,...

Keputusan Sumareh ke Liga Thailand tepat

PENGHIJRAHAN Mohamadou Sumareh ke Liga Thailand dianggap tepat bagi memastikan dia terus meraih minit...

City sedia tawar Messi RM2.49 bilion

MANCHESTER City sudah bersedia menawarkan Lionel Messi £450 juta (RM2.49 bilion) untuk kontrak selama...

#PRNSabah: Warisan Tumbang

Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan