Laman Transparency International Sendiri Akui Terima Dana Dari NED & Soros - pakdin.my

TI-dana-ned-soros

AIDCNews – Laman Transparency International (TI) sendiri mengakui organisasi mereka mendapat tajaan daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) Foundation, milik penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Pengakuan itu tercatat dalam laman transparency.org dalam chapter “Who supports us

Daripada sembilan senarai penaja TI, Soros merupakan penaja utama apabila dua organisasinya disenaraikan di kedudukan pertama dan kedua iaitu Foundation to Promote Open Society dan Open Society Institute (OSI) Foundation.

Lantas blog The Unspinners menyimpulkan agenda Presiden TI, Jose Ugaz campur tangan dalam politik Malaysia mempunyai agenda tertentu yang senang difahami.

Menurutnya, campur tangan TI itu adalah serangan terancang CIA, NED dan Soros terhadap Malaysia selepas BERSIH 4.0.

Sebelum ini, AIDCNews telah mendedahkan suatu carta (di atas) perkaitan di antara USAID (The United States Agency for International Development), NED, Freedom House, OSI dan TI.

Selanjutnya sila baca “Apa Agenda José Ugaz Tajaan Soros Di Malaysia

“Rekod awam menunjukkan bahawa USAID sudah lama menjadi operasi hadapan untuk pengumpulan maklumat risikan CIA, dan juga sebagai saluran pembiayaan CIA kepada kerajaan dan agensi-agensi asing,” dedah wrongkindofgreen.org.

Perkara sama turut didedahkan laman globalresearch.ca

“USAID mempunyai sejarah bekerja dengan CIA sebagai operasi hadapan untuk membantu mereka menyebarkan sejenis “demokrasi” khas (dibaca sebagai penindasan kejam yang penindasan kejam IMF) di negara-negara di mana kita telah memasang diktator kejam dalam menyokong agenda ekonomi neo-liberal kita,” dedah laman itu.

USAID juga dipertanggungjawabkan mengkaji modus operasi yang paling berkesan untuk menyebarkan ‘demokrasi’ sehinggalah terciptalah NED pada tahun 1983.

NED dan USAID terlibat secara langsung dalam penukaran rejim di sesebuah negara yang ditarget mereka.

Dua jenis modus operandi biasa yang dilakukan kedua-dua badan itu ialah membiayai protes jalanan dan penajaan calon untuk menyertai pilihanraya.

“Protes anti-kerajaan di Venezuela untuk menukar regim telah dipimpin oleh beberapa individu dan pertubuhan yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Amerika Syarikat.

“Leopoldo Lopez dan Maria Corina Machad – dua pemimpin awam sebalik protes ganas yang bermula pada bulan Februari (2014) – mempunyai sejarah panjang sebagai rakan kongsi, penerima geran dan ejen Washington.

NED dan USAID telah menyalurkan dana bernilai berjuta-juta dolar membiayai parti politik Lopez, iaitu Primero Justicia (The Justice First) dan voluntad Popular (Popular Will), dan NGO milik Machado dinamakan ‘Sumate’ (Join Up) dan kempen pilihan rayanya (Machado bantu kempen untuk parti Lopez), dedah globalresearch.ca tentang campur tangan NED dan USAID dalam politik Venezuela.

Globalresearch.ca turut mendedahkan dalam operasi menukar rejim di sesebuah negara ia melibatkan tiga badan besar iaitu NED, Freedom House dan OSI (Soros).

NED sendiri mempunyai empat cabang operasinya iaitu IRI (The International Republican Institute), NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (the Center for International Private Enterprise) dan ACILS (the American Center for International Labor Solidarity).

Empat cabang NED itu dikatakan sebagai organisasi yang unik memenuhi syarat untuk memberikan bantuan teknikal kepada demokrat yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia.

“Penggunaan media sosial oleh komplot rampasan kuasa Soros / CIA tidak mengejutkan.

“Media sosial menghidangkan bahan teras yang bertemakan revolusi disponsor oleh CIA dan Soros melakukan (operasi mereka) di Ukraine (dua kali) iaitu Revolusi Orange dan pemberontakan Euro-Maidan), Rovolusi Jasmine (Tunisia), Revolusi Lotus (Mesir), Revolusi Rose (Georgia), Revolusi Tulip (Kyrgyszstan), dan Revolusi Hijau (Iran).

“Dalam kes Macedonia, terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa Timbalan Penolong Setiausaha Negara dalam Biro Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh (DRL) Thomas Melia, bertanggungjawab untuk kerja-kerja operasi di Eropah, Rusia, Timur Tengah dan Afrika Utara, telah mengadakan persepakatan terus dengan Zoran Zaev (Ketua pemimpin pembangkang dari parti SDSM- Social Democratic Union of Macedonia) untuk melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan Macedonia pimpinan Perdana Menteri Nikola Gruevski.

“Thomas Melia juga adalah bekas Timbalan Pengarah Freedom House, satu organisasi peninggalan devolved (kumpulan Yahudi) semasa Perang Dingin yang berpangkalan di New York.

“Walaupun (Freedom House) ditubuhkan pada 1941 oleh beberapa orang progresif seperti Eleanor Roosevelt,..(namun) Freedom House (kini) telah diambil alih oleh kumpulan konservatif …seperti Paul Wolfowitz, Ken Adelman, Zbigniew Brzezinski, Donald Rumsfeld, dan Otto Reich.

“Freedom House telah ditangkap melakukan kesalahan menyalurkan dana CIA kepada kumpulan pembangkang di Iran, Sudan, Russia, dan China.

“Pada dasarnya, Freedom House, sama seperti NGO Soros, berfungsi sebagai saluran bagi sokongan CIA untuk pihak pembangkang yang derhaka di seluruh dunia… termasuk Macedonia, Hungary, Venezuela, Syria, Mesir, Serbia, Jordan, Mexico, dan Cuba,” dedah laman m.strategic-culture.org

Transparency International Terima Derma $3 Million Daripada Syarikat Konglomerat Korup

UTAMAPOLITIKLaman Transparency International Sendiri Akui Terima Dana Dari NED & Soros

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium