Laman Web MalaysiaAirlines.com (MAS) Digodam - pakdin.my

web-malaysia-ailines-mas-digodam--

Laman web rasmi Malaysia Airlines (MAS) dipercayai digodam pagi ini oleh kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Cyber Caliphate.

Mereka yang melayari laman web www.malaysiaairlines.com, akan tertera satu mesej iaitu “404- Plane Not Found”, iaitu terdapatnya masalah pada pelayaran web atau “Error 404” yang dipercayai merujuk kepada kehilangan pesawat MAS MH370, tahun lalu.

Tidak diketahui sama ada pihak yang menamakan diri mereka “Cyber Caliphate” itu dikaitkan dengan rangkaian kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mendakwa perjuangan mereka atas semangat khalifah.

Turut tertera alamat akaun Twitter Cyber Caliphate di @umgrobert and @umg_chris, selain nama laman web berkaitan iaitu Lizard Squad, UGNazi, NATHAN NYE and HENRY BLAIR STRATER.

Sementara itu, MAS menerusi akaun Twitter rasminya, @MAS menyatakan orang ramai berkemungkinan menghadapi kesulitan melayari laman web syarikat itu tanpa menyatakan laman web berkenaan digodam.

“Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Untuk menempah tiket: http://bit.ly/1zLIJ1v.

“Untuk daftar masuk secara atas talian, sila layari http://bit.ly/1twPdIB. Kami amat berterima kasih di atas kesabaran anda,” menurut syarikat penerbangan itu pagi ini.

UTAMALaman Web MalaysiaAirlines.com (MAS) Digodam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium