Lambang salib: Mufti gesa ubah kedudukan lampu - pakdin.my

PULAU PINANG – Keresahan umat Islam terutama warganet ekoran kewujudan sebuah bangunan kediaman di Jelutong di sini yang memparkan lambang salib mendapat perhatian daripada Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Wan Salim hari ini secara berhemah meminta berkuasa negeri ini agar segera mengarahkan pihak pemaju projek berkenaan untuk mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti lambang salib.

Selain itu, Wan Salim juga mahu pihak berkuasa menyelidik terlebih dahulu adakah kejadian itu sengaja dilakukan atau hanya secara kebetulan sahaja.

“Saya dengan penuh harapan meminta kerajaan negeri menerusi Pejabat Timbalan Ketua Menteri Satu dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan seberapa segera perlu mengarahkan pihak pemaju mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan tersebut supaya tidak kelihatan seperti lambang salib yang tidak disenangi pihak tertentu.

“Perlembagaan Persekutuan juga melarang usaha mempromosi atau menyebarkan agama lain dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam,” katanya menerusi akaun Facebook Jabatan Mufti Pulau Pinang, hari ini.

Sebelum ini gambar bangunan tersebut yang memaparkan lambang salib pada waktu malam tular di laman sosial sehingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan umat Islam.

Menurut laman web pemaju berkenaan, bangunan setinggi 44 tingkat itu mengandungi kira-kira 378 unit rumah kediaman seluas lebih 1,000 kaki persegi siap dibina pada 2016 dan telah dibuka untuk jualan. 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMALambang salib: Mufti gesa ubah kedudukan lampu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium