Langgar Akta Perbankan, Rafizi Dihukum Penjara 30 Bulan

Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Rafizi dan seorang lagi tertuduh, bekas kerani bank Johari Mohamad didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, Shah Alam hari ini kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Mereka dituduh mendedahkan dokumen penyata baki akaun  NFC National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Mohamad Salleh.

Kedua-dua tertuduh didapati bersalah kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Zamri memutuskan demikian dalam penghakimannya selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas kedua-dua tertuduh.

“Mahkamah meneliti keseluruhan kes dan membuat penelitian maksimum terhadap hujahan pendakwaan serta pembelaan itu.

“Kedua-dua tertuduh disabitkan atas kesalahan itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau membenarkan penangguhan hukuman ke atas mereka hingga keputusan rayuan dengan mengekalkan kos ikat jamin RM15,000 seorang.

Mohd Rafizi sebelum ini mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank itu kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Rafizi didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Johari mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 akta sama.

Rafizi diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Falihin Kamil Mohd Sazali manakala peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steve Chin.

Dengan hukuman terbaru ini, Rafizi telah hilang dua kali kelayakan tanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebelum ini pada November 2016 Rafizi dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas kes OSA.

196 Replies to “Langgar Akta Perbankan, Rafizi Dihukum Penjara 30 Bulan

  1. tidak apalah. satu je dosa Allah ngan manusia Allah maha pengampun. dosa manusia dan manusia kena pergi minta maaf. kalau betullah berlaku penyelewengan dalam Malaysia ni yang ambil duit rakyat. sampai menangis keluar darah sekalipun aku x akan minta maaf. sekarang boleh la sembunyi sana sembunyi sini neraka x nampak lagi. nasihat bukan keatas BN sahaja keatas semua ahli politik yang makan rasuah.

  2. tidak apalah. satu je dosa Allah ngan manusia Allah maha pengampun. dosa manusia dan manusia kena pergi minta maaf. kalau betullah berlaku penyelewengan dalam Malaysia ni yang ambil duit rakyat. sampai menangis keluar darah sekalipun aku x akan minta maaf. sekarang boleh la sembunyi sana sembunyi sini neraka x nampak lagi. nasihat bukan keatas BN sahaja keatas semua ahli politik yang makan rasuah.

  3. tidak apalah. satu je dosa Allah ngan manusia Allah maha pengampun. dosa manusia dan manusia kena pergi minta maaf. kalau betullah berlaku penyelewengan dalam Malaysia ni yang ambil duit rakyat. sampai menangis keluar darah sekalipun aku x akan minta maaf. sekarang boleh la sembunyi sana sembunyi sini neraka x nampak lagi. nasihat bukan keatas BN sahaja keatas semua ahli politik yang makan rasuah.

    1. Jika betul ada bukti ikut saluran yg betul, ambik bukti pergi report SPRM, bukan pergi curi akaun bank yg sulit pergi jaja konon nak jadi hero…harus ingat semua akaun perbankan ada lah dilindungi, sebab tuh lah kena berhati2 nak jadi hero pun….nampak hebat tak semestinya dia cerdik…nak tunjuk hero, bala menunggu, dia sendiri pun bukan tak tahu…
      Kalau dia betul dlm hal membocorkan maklumat ini peguam2 dia lah yg bodoh di mahkamah termasuklah dia pun bodoh juga….nah, berani buat tanggung lah….

    2. Ko ni faham ke tak isu ini…Itu syarikat sendirian berhad…bukan syarikat kerajaaan…mereka cuma dpt pinjaman kerajaan je…Rafizi ni sebenar hati busuk …semua kepentingan melayu dijahanamkan.. .jika kepentingan bukan melayu beliau buat tu…aku yakin dah lama mampus…sepatutnya bukan 30 bulan tapi 30 tahun …org macam ni hidup pun menyusahkan…wang pinjaman itu telah menjadi hak.milik syarikat…terpulang kpd mereka bagaimana nak kembangkan perniagaan…ladang lembu telah diusahakan baki dari itu syarikat kembangkan dgn aktiviti lain perniagaan…Sebenarnya ini perkara biasa…bukan syarikat ini aje yg buat begitu…lain2 syarikat terutama syarikat bukan melayu akan pelbagai perniagaan walaupun nama satu jenis apabila dpt pinjaman..

    3. Ko yg tak faham. Aku lebih dari faham. Pinjaman dari kerajaan mesti ikut syarat seperti mana perjanjian dan kelulusan pinjaman mesti diluluskan sepertimana perjanjian. Sekiranya kita pinjam duit kerajaan dgn alasan nak dirikan rumah tetapi kita buat beli kereta atau barangan lain yg bukan kena mengena dgn rumah. Kerajaan berhak membatalkan pinjaman dalam apa cara sekalipun kerana telah pecah syarat. Seperti kes ni, pinjaman diberikan atas dasar untuk menternak lembu tetapi duit disalah guna buat beli kondominium. Kau reti ke amanah dalam perjanjian. Duit tu bukan hak milik rakyat pembayar cukai. Kau faham ke tidak mengenai syarat. Kalau macam tu semua orang boleh salah guna duit kerajaan dan jika semua tak salah tak ada guna dibuat syarat khas. Ada faham kau. Jgn dok ingat dedak je