Tuesday, June 22, 2021
BERITA 'Langkah 28' Komplot Gulingkan Khalid

‘Langkah 28’ Komplot Gulingkan Khalid

khalid-gagap
Komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memasuki fasa terbaharu apabila wujud usaha untuk meraih sokongan majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) bagi mendapat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, usaha itu kini berhadapan cabaran apabila ada dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan enggan bersubahat dalam gerakan itu.

Strategi yang dikenali sebagai ‘Langkah 28’ itu dikatakan dilancar bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 28 daripada 31 ahli BBC yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala PAS dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat sebanyak 44.

Daripada jumlah itu, 10 wakil rakyat dilantik sebagai exco, masing-masing seorang speaker dan timbalan speaker, selain Abdul Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.

‘Langkah 28’ dikatakan kesinambungan daripada ‘Langkah Kajang’ yang dirancang PKR sebelum ini, bagaimanapun ia gagal menyingkirkan Abdul Khalid.

Menurut sumber dalaman parti itu, ‘Langkah 28’ yang dipercayai didalangi seteru politik Abdul Khalid menghadapi masalah untuk meyakinkan wakil rakyat PAS bagi memberi tekanan supaya Menteri Besar itu berundur.

Wakil rakyat PAS dikatakan memboikot mesyuarat khas BBC yang diadakan di bangunan Annex, SUK Selangor, Selasa lalu yang sepatutnya membincangkan mengenai undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid.

“Difahamkan hanya dua wakil rakyat PAS yang hadir pada mesyuarat itu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

“Agenda asal mesyuarat sememangnya untuk membincangkan mengenai undi tidak percaya, namun terpaksa diubah kerana tiada majoriti wakil rakyat PAS,” kata sumber itu.

Dipercayai tindakan wakil rakyat PAS memboikot mesyuarat tersebut adalah tindak balas susulan daripada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang diadakan pada Isnin malam, sehari sebelum mesyuarat BBC.

Difahamkan kepimpinan PAS Pusat yang hadir pada mesyuarat itu menyatakan pendirian untuk tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak jika berlakunya pertukaran Menteri Besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang hadir pada mesyuarat itu bagaimanapun enggan ‘buka mulut’ mengenai hasil perbincangan mengenai krisis kepimpinan di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar.

“Maaf…maaf saya tidak boleh komen mengenai hal itu sehingga selesai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat minggu ini atau minggu hadapan,” katanya

Berkaitan:

‘Herd Immunity’ Not Relevant if Virus is Endemic – Khairy

National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) Coordinating Minister Khairy Jamaluddin announced that he was avoiding the term ‘herd immunity’ as he expected Covid-19 to...

Terkini

Polrestro Jaksel selidiki penembakan misterius dekat Kompleks Polri

Untuk korban jiwa maupun material tidak ada Jakarta (ANTARA) - Petugas Polres Metro Jakarta Selatan menyelidiki kasus penembakan misterius yang terjadi di dekat kompleks Pati...

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan SCBD, Jakarta Selatan, lantaran bersiap...

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here