Langkah Kajang Bakal Bermula Lagi - pakdin.my

Ramai yang menunggunya terutama orang Kajang. Laluan percubaan fasa 2 telah dimulakan dan pembukaan penuh dijangkakan pada akhir bulan Julai.

Ini sudah tentu berguna bagi orang dari Kajang untuk melawat pasangan mereka yang terpaksa tinggal di kawasan Sungai Buloh.

*********

MRT Fasa 2: Uji Tren Melangkaui Stesen Semantan

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK), telah memulakan tempoh operasi percubaan bagi Fasa 2 perkhidmatan antara Sungai Buloh dan Kajang, yang dijangka dibuka pada akhir Julai nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zohari Sulaiman berkata operasi percubaan itu yang bermula sejak 1 Mei lepas, menyaksikan tren bergerak melepasi Stesen Semantan ke stesen-stesen terpilih dalam Fasa 2.

“Oleh itu, kami perlu mengingatkan semua penumpang untuk mendengar pengumuman dan keluar apabila tren sampai di Stesen Semantan. Peta laluan akan mempunyai lampu hijau yang dinyalakan di semua stesen di bawah Fasa 2.

“Namun, ia cuma untuk program ujian ini sahaja. Kami mohon maaf atas kesukaran yang ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian untuk Fasa 2 itu akan dilakukan dalam lima peringkat sehingga akhir Julai ini.

“Ketika ini kami di Peringkat 1 di mana tren akan ke Stesen Maluri sebelum berpatah balik ke Sungai Buloh sehingga 15 Mei. Jadi, penumpang perlu turun di Stesen Semantan dan membenarkan tren itu bergerak dengan program ujiannya ke Maluri.,” katanya.

Beliau berkata, Peringkat 2 akan bermula dari 16 hingga 31 Mei dengan tren itu akan meneruskan perjalanan ke Stesen Taman Mutiara.

“Penumpang juga perlu turun di Stesen Semantan kerana ia adalah hentian terakhir bagi Fasa 1. Ia kemudian akan diikuti dengan baki tiga peringkat yang lain.

“Ujian ini adalah sebahagian daripada latihan persediaan yang komprehensif untuk memastikan operasi perkhidmatan yang lancar demi keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya.

Fasa 1 laluan MRT Sungai Buloh – Kajang dibuka pada Disember tahun lepas, membabitkan perkhidmatan dari Stesen Sungai Buloh dan Semantan.

UTAMAPOLITIKLangkah Kajang Bakal Bermula Lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium