Langkah PD: Tahniah Anwar Ibrahim - pakdin.my

Bakal Perdana Menteri ke-8 walaupun auranya gagal menarik 70% pengundi (54%) dan undi PKR menurun dari 36, 225 ke 31,016 ianya tetap menang.

Walaupun terpaksa menjadi Sikh, “Artis India”, dan sebagainya, kemenangan ke atas lawan-lawannya harus di rayakan sebahagian PKR, Azmin dan kartel harus akur dan jika boleh PPBM dan Amanah cubalah ikhlas meraikan kejayaan pahit ini.

Bukankah ini kemenangan PH, apatah lagi “Ayahanda” Mahathir pun turut membantu mengirimkan Isa Samad bagi menarik undi umno asli agar tidak memberi undi kepada PAS, dan Anwar harus mengucapkan terima kasih kepada barbarian UMNO ke PPBM, sekaligus mengundi beliau.

Kita harap, PH berhenti berpolitiking sesama mereka, Mahathir dengan 12 kerusi harus segera mengemas pejabat kerana PM sebenar sudah bersedia mengambil alih. Kami tidak sabar mahu melihat Anwar Ibrahim memacu negara kembali pulih dari koma 5 bulan dan menyusun semula kabinet tidak berpengetahuan dan berpengalaman.

YB Haji Mat Sabu, Mujahid, Maszlee, Lim Guan Eng, Tony Phua dan beberapa nama lagi harus akur dengan rombakan PM ke-8. Prestasi Negara bakal merudum dengan barisan kabinet yang sering flip flop dan gagal mencapai KPI di mata rakyat, jauh dari mata penarafan antara bangsa.

Kami melihat Malaysia Baru boleh di pulihkan oleh Anwar Ibrahim. Mana mungkin PM 93 tahun di yakini negara luar seperti di tunjukkan oleh China, Jepun, Brunei, Amerika dan Britain – Mahathir gagal total membawa 0 pelaburan. Apatah lagi barisan kabinet yang seperti Pandir.

Malahan Anwar harus segera membetulkan keadaan MoF yang berhasrat mencairkan aset-aset Negara@Melayu melalui PNB, Khazanah dan sebagainya.

Harap tiada lagi hadangan dari Mahathir atau juaknya yang telah menggagalkan Anwar memiliki “hak”nya yang sekian lama di nafikan.

Kita menunggu tarikh angkat sumpah PM ke-8.

– Tn Ismet GS

…….
https://pakdin.my/tag/langkah-pd

UTAMAPILIHAN RAYALangkah PD: Tahniah Anwar Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium