32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Langkah Perkasa Bumiputera Dalam Ekonomi Akan Diumumkan

ABDUL WAHID OMAR

Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah dalam usaha memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Sabtu ini, antaranya akan menyentuh modal insan, peluang perniagaan dan sektor pelaburan Bumiputera.

DATUK SERI ABDUL WAHID OMAR / MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

“Kita merasakan bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan untuk tingkat bumi dalam ekonomi.Jadi untuk itu kami telah pun mengadakan perbincangan dengan agensi dan pelbagai NGO untuk mencari langkah atau rancangan untuk tambah baik program penyertaan Bumiputera”.

Untuk rekod, 67 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah Bumiputera.

Sehingga tahun 2011, jumlah kemiskinan bagi Bumiputera semakin berkurangan daripada 64.8 peratus pada tahun 1970, kepada 2.2 peratus.

Pemilikan ekuiti oleh Bumiputera pula meningkat kepada 23.5 peratus tahun 2011, berbanding 2.4 peratus pada tahun 1970.

Tambah Datuk Seri Abdul Wahid, kerajaan juga mensasarkan pemilikan ekuiti oleh Bumiputera mencapai 30 peratus menjelang tahun 2020.

 

Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan