Loading...
Home / :: BLOG :: / #LangkahPD: Kalau Bermaruah Dan Tak Bersalah Kenapa Minta Pengampunan? – Hadi

#LangkahPD: Kalau Bermaruah Dan Tak Bersalah Kenapa Minta Pengampunan? – Hadi

Presidan PAS, Abdul Hadi Awang mempersoal tindakan Anwar yang meminta pengampunan bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Soalnya, kenapa Anwar perlu minta pengampunan jika tidak bersalah.

“Kalau orang yang ada maruah, tak salah tak perlu mintak ampun. Ni mintak ampun, perlu kepada Lembaga Pengampunan.

“Sepatutnya penduduk Port Dickson ni faham nak pilih siapa pemimpin. Siapa wakil rakyat.

“Islam ada adat dalam memilih pemimpin,” ucapnya.

Jelasnya, calon PAS yang bertanding kali ini tak perlu kepada Lembaga Pengampunan kerana beliau tidak terikat dengan sebarang kes mahkamah.

Seterusnya, Abdul Hadi turut mempersoalkan tindakan Anwar yang memilih untuk bertanding di Port Dickson; kawasan yang 60% bukan Islam, 40 % Islam.

Soalnya, mengapa Anwar tak berani bertanding di kawasan majoriti Islam.

“Yang nak jadi Perdana Menteri ni melompat kesana kemari. Dari Permatang Pauh melompat ke Kajang, dari Kajang melompat ke Port Dickson; memilih kawasan yang 60% bukan Islam, 40 % Islam.

“Walaupun kita tak setuju dengan Dr Mahathir menjadi PM, tetapi kita iktiraf beliau kerana dia memimpin Pakatan Harapan tanpa perlu diadakan Pilihan Raya dengan cara mengadakan berasingan seperti ini.

“Ini tidak mengikut moral demokrasi yang benar,” tegasnya.

Ulasnya, PRK kali ini adalah satu pilihan raya yang luar biasa mengikut amalan demokrasi; dibuat semata – mata untuk memilih seorang yang hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

LIHAT video:
https://youtu.be/mLZXlX_4xR8

………..
http://pakdin.my/tag/langkah-pd

Loading...
(Visited 31 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

8 comments

  1. Rosli Hashim

    Jaafar Bakar Apai raja ampun di dunia aja bro disana????

  2. Jaafar Bakar Apai

    Rosli Hashim itu kerja tuhan bro kan kerja manusia menghukum tampa melihat dgn mata sendiri besar dosa bro bertaubat tdak terima tuhan bro fitnah boleh d cipta oleh manusia

  3. Aija Wahab

    Lepas tu..dengan muka tak tahu malu…berlagak suci lah pulak..Hahaha…..

  4. Shah Nadz

    Yg mintak ampun ni orang yg bersalah shj..

  5. Wan Rizal

    Kalau Kena fitnah, liwat, Ada Skandal, liwat org tu, liwat org ni.. Kena penjara jugak, Bila bekas Perdana menteri najib Kena dakwa, melalak Kat sini.. Ada Otak tak berakal tak guna jugak…

Loading...