Lantang kritik Zahid, SUA Annuar Musa bakal dipecat dari Umno? - pakdin.my

Gara-gara mengeluarkan kenyataan mengkritik secara terbuka presiden parti, Timbalan Ketua Umno Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz menerima surat tunjuk sebab dan bakal dihadapkan ke Tribunal Lembaga Disiplin Umno pada 25 Feb ini.

Faisal yang juga setiausaha akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, mengesahkan beliau menerima surat tunjuk sebab itu menerusi WhatsApp dan panggilan telefon daripada Sekretariat Lembaga Disiplin Umno, pagi tadi.

Katanya, surat itu juga memintanya menjelaskan mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berikutan tindakannya yang lantang mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka.

“Saya menerima surat tunjuk sebab pagi tadi tetapi tidak terkejut sebab sudah dengar khabar angin mengenainya sejak dua minggu lalu.

“Malah, ada pihak tertentu sudah mengatur perjumpaan dengan ahli dan pemimpin Umno bahagian tertentu untuk mengajak mereka sama-sama buat aduan terhadap saya kepada Lembaga Disiplin Umno.

“Saya sudah membaca segala pertuduhan yang dibuat melalui surat jawapan balas. Insya-Allah saya akan hadir ke tribunal pada Khamis depan,” katanya.

Sebelum ini, Faisal pernah mengeluarkan kenyataan, Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas percubaan untuk membawa Umno menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

Tindakan Zahid itu dikatakan membelakangi dasar parti iaitu “No Anwar No DAP” tetapi timbul isu “surat” dan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama DAP dan Anwar.

Ditanya sama ada beliau akan keluar parti jika Tribunal Lembaga Disiplin memutuskannya bersalah dan menyingkirkannya daripada Umno, Faisal menegaskan masih terlalu awal untuk beliau mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

UTAMAPOLITIKLantang kritik Zahid, SUA Annuar Musa bakal dipecat dari Umno?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium