Friday - July 30, 2021 @ 17:42
BERITANASIONALLapan suspek kes bunuh Edwin dihadapkan ke mahkamah

Lapan suspek kes bunuh Edwin dihadapkan ke mahkamah

“Kita telah menjalankan siasatan ke atas semua suspek yang datang dari kampung, agama dan kaum berlainan dan bukannya hanya melibatkan satu kaum dan agama sahaja seperti yang disebarkan dalam banyak media sosial atas tujuan tidak baik,”

×

LAWAS: Lapan suspek utama kes pembunuhan kejam, Edwin Singa, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lawas semalam bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Kes tersebut dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Majistret di sini untuk kali pertama sebelum kesemua mereka dihantar ke Penjara Pusat Limbang sekitar jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Fauzilan Abdul Aziz berkata, polis membebaskan seorang lagi suspek selepas hasil siasatan mendapati beliau ti-dak terlibat dalam pembunuhan tersebut.

“Bagaimanapun, pihak polis masih memburu saki-baki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Edwin Singa, 21 September lepas di bandar Lawas,” kata-nya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Keten-teraman Awam Polis Diraja Malaysia Lawas, Cif Inspektor Liong Tindan.

Faulizan memberitahu, pertuduhan dibacakan terhadap kesemua suspek yang terdiri daripada individu dari beberapa kampung berlainan serta melibatkan kaum dan agama berbeza di daerah ini.

“Kita telah menjalankan siasatan ke atas semua suspek yang datang dari kampung, agama dan kaum berlainan dan bukannya hanya melibatkan satu kaum dan agama sahaja seperti yang disebarkan dalam banyak media sosial atas tujuan tidak baik,” tegasnya.

Beliau berkata, polis akan terus melakukan pemantauan terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba menyebarkan fitnah, khabar angin dan seumpamanya melalui te-lefon, cerita mulut dan laman sosial seperti Facebook atau blog di bawah Seksyen 505 yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya lagi, selain polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut meluluskan bantuan seramai 30 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) bagi tujuan meronda di sekitar kampung dan bandar Lawas untuk bersama-sama membantu polis membanteras kegiatan jenayah.

“Kita juga akan terus me-ningkatkan kadar rondaan dan kehadiran polis di tempat-tempat awam di Lawas untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keadaan sebenar tentang daerah ini yang kembali aman dan tenang se-perti biasa,” ujar beliau.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pegawai dan anggota polis daerah Lawas dan Limbang dari semua unit dan jabatan kerana memberikan kerjasama tanpa mengira siang dan malam untuk menyelesaikan kes itu dalam tempoh lapan hari sahaja.

“Ini juga jelas menunjukkan Polis Diraja Malaysia serius dalam usaha membanteras dan memerangi jenayah di semua tempat khususnya di daerah Lawas,” tambahnya.

Katanya lagi, polis juga memohon kerjasama pemimpin masyarakat dan ketua-ketua agama untuk sama-sama menenangkan keadaan, malah membantu pihak sekolah untuk memberi penerangan kepada golongan pelajar jika khidmat mereka diperlukan.

“Kita mempunyai Pegawai Perhubungan di setiap sekolah yang diarah untuk turun ke sekolah jagaan masing-masing memberi penjelasan,” jelasnya.

Pada malam Jumaat lepas, Edwin dibunuh kejam dalam satu insiden pergaduhan di bandar ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, mangsa ditemui mati selepas dipercayai dipukul dengan objek keras di kepalanya serta ditikam dengan pemutar skru sehingga menembusi salah satu lubang telinganya.

Siasatan awal polis mendapati mangsa diserang oleh lebih daripada seorang suspek di hadapan sebuah kafe siber di bandar ini.

Polis juga mengesahkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dalam pergaduhan yang dipercayai bermotifkan dendam.

Ekoran itu, satu perhimpunan melibatkan masyarakat setempat diadakan untuk menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Daerah Lawas bagi memastikan penjenayah dihukum dengan hukuman setimpal dan mengembalikan keadaan aman di Lawas.

Ia termasuk menguatkuasakan undang-undang ke atas pengusaha premis perjudian, permainan kafe siber dan aktiviti membabitkan penyalahgunaan dadah.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here