25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Lapan suspek penyamun dalam lif termasuk seorang remaja perempuan ditahan (video)

https://www.youtube.com/watch?v=cRAA-At2xSE
 

Kelicikan penjenayah cuba menyembunyikan diri akhirnya gagal selepas polis memberkas lapan suspek termasuk seorang remaja perempuan kerana dipercayai terlibat dalam kes samun dalam lif di kondomium di Setapak, dua minggu lalu.

Dalam kejadian 17 Oktober lalu, seorang wanita berusia 23 tahun disamun dua lelaki ketika menaiki lif ke rumahnya di tingkat lapan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dua suspek lelaki turut menaiki lif tersebut di tingkat 7 dan bertindak menyerang mangsa menggunakan siku sebelum merampas beg mangsa.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan empat lelaki dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah hotel di Jalan Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, semalam.

“Siasatan mendapati salah seorang suspek yang ditahan ada kaitan dengan kes samun wanita di dalam lif dan mempunyai empat rekod jenayah serta tiga rekod individu dikehendaki di Selayang dan Gombak.

“Sebuah motosikal jenis 125Z turut dirampas dan dilaporkan hilang di Jinjang bulan lalu, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Taman Setapak Indah, kira-kira jam 12.40 tengah hari, semalam.

Menurutnya, suspek dipercayai memandu kereta jenis Honda CRV pada hari kejadian dan bertindak membawa lari dua rakannya selepas menyamun.

“Polis merampas sebuah kereta jenis Suzuki Swift dan dua set nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Pada hari yang sama, polis turut menahan dua rakan suspek dalam operasi berasingan di Taman Sri Ukay, Ampang dan Ukay Perdana Ampang, kira-kira jam 4 petang.

Mohamad Roy berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 33 tahun mempunyai 16 rekod jenayah.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan tidak mempunyai pekerjaan dan tidak bersekolah serta postitif air kencing membabitkan dadah jenis Syabu.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai tempoh kumpulan itu beroperasi namun siasatan awal mendapati mereka aktif di Sentul, Petaling Jaya dan Brikfirlelds membabitkan kes samun dan ragut.

“Sehubungan itu, wanita dinasihatkan meminta pengawal keselamatan menemani mereka ketika menaiki lif. Ini untuk mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.


Wanita Diserang, Dirompak Dalam Lif Kondominium

 Sabtu, 24 Oktober 2015

Seorang wanita ditendang, diheret dan dirompak oleh dua lelaki di dalam lif di sebuah kondominium di Setapak pada minggu lalu.

Insiden tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang kini menjadi viral di media sosial.

Mangsa berusia 24 tahun itu mengalami lebam di kesemua bahagian badan dan dua giginya patah.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim dalam perjalanan pulang ke kediamannya di tingkat lapan di kondominium Setapak Prima apabila dua lelaki mengekorinya sehingga ke dalam lif pada kira-kira pukul 11.40 malam, 17 Oktober lalu.

Menerusi rakaman CCTV, dua lelaki sedang berbual antara satu sama lain dengan salah seorangnya berdiri di belakang Lim di dalam lif dan menekan butang tingkat lapan hanya selepas beberapa saat lif naik ke atas.

Beberapa saat sebelum pintu dibuka, seorang suspek memberi isyarat dengan menganggukkan kepala kepada rakannya sebelum Lim ditolak ke dinding lif.

Mangsa cuba bertindak balas tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila seorang lagi suspek menarik rambutnya dan mengheretnya keluar dari lif.

Lim cuba untuk mencapai pintu lif tetapi ditendang oleh kedua-dua suspek beberapa kali.

Pintu lif kemudiannya dibuka dan menunjukkan seorang suspek sedang mengira wang tunai manakala seorang lagi memegang beg tangan Lim.

Kaki Lim boleh dilihat dengan dirinya berada di dalam keadaan tidak bermaya terbaring di lantai.

Kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan dua kereta. Menerusi pemeriksaan polis mendapati kedua-dua nombor kenderaan yang dinaiki suspek adalah palsu.

Lim yang bercakap kepada pemberita pada sidang media MCA Wangsa Maju berkata, serangan tersebut mengakibatkan dua giginya patah, cedera di dagu dan badan.

Mangsa turut kerugian RM8,000 termasuk dua telefon pintar dan kunci kereta.

China Press melaporkan bahawa serangan itu menyaksikan beberapa pengikat zip hitam ditemui di lantai di lokasi kejadian.

Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look percaya pengikat zip itu digunakan suspek untuk mengikat mangsa.

“Ia mungkin kerja sindiket. Kita telah menyerahkan maklumat kepada polis dan kita mendapatkan perkembangan berhubung kes ini,” katanya seperti yang dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, polis telah mengeluarkan lakaran wajah atau ‘fotofit’ kedua-dua suspek dan sedang memburu mereka.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan