29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

Lapor Aduan, Bukan Buat Tuduhan Liar – Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka berhadapan dengan gangguan di tapak bantahan oleh sekumpulan mahasiswa di sini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ini berikutan beberapa dakwaan berkaitan dengan serangan sekumpulan lelaki terhadap penunjuk perasaan mahasiswa itu di Dataran Merdeka awal pagi Khamis.

Hishammuddin berkata, dakwaan itu membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Saya harap orang ramai tidak membuat kenyataan seperti itu dan menggunakan teks atau media dalam talian untuk menunjukkan emosi mereka.

“Biar pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya.

Sekumpulan mahasiswa yang mendirikan khemah-khemah dan berhimpun di Dataran Merdeka bagi menggesa pemansuhan pinjaman pengajian oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), didakwa diserang oleh sekumpulan lelaki pada pukul 2.45 pagi Khamis.

Seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan untuk disoal siasat berhubung dakwaan insiden berkenaan.

Berita Berkaitan

Komen

  1. 0 days ago by asriasroy [ Send Maill ].

    semejak ahir ahir ini pedagang warga asing semakin bertampah dan tidak ada pengenalan diri atau lesen lebih lebih lagi mempunyai tapak untuk meniaga dan sifat kurang aja kepada warga kota dan juga suka maki hamum kepada warga setempat jdi itu kpad pihak terbabit harus mengambil tidakan dari pada berluluasa tampa kesudahan terutama sekali di masjid india baru baru ini sekian saja laporan untuk pihak terbabit.

  2. 0 days ago by asriasroy [ Send Maill ].

    semejak ahir ahir ini pedagang warga asing semakin bertampah dan tidak ada pengenalan diri atau lesen lebih lebih lagi mempunyai tapak untuk meniaga dan sifat kurang aja kepada warga kota dan juga suka maki hamum kepada warga setempat jdi itu kpad pihak terbabit harus mengambil tidakan dari pada berluluasa tampa kesudahan terutama sekali di masjid india baru baru ini sekian saja laporan untuk pihak terbabit.

Leave a Reply to Audia Nashzri Membatalkan balasan

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.