Lapor kepada JAIS jika ada unsur sesat – Sultan Selangor - pakdin.my

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mengingatkan ahli jawatankuasa masjid di negeri itu supaya sentiasa peka dengan perkembangan ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Baginda bertitah, jika terdapat perkara yang mencurigakan, ia hendaklah dilaporkan segera kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut.
“Beta tidak mahu unsur-unsur ajaran sesat ini berlaku dan berkembang di negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Seri Melati di Gombak.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 400 orang yang terdiri daripada fakir miskin, anak yatim dan saudara baru sebelum berbuka puasa dengan penduduk setempat.

Sultan Sharafuddin juga mengulangi titah baginda agar masjid tidak dijadikan gelanggang politik yang boleh memecah-belahkan perpaduan ummah.

“Masjid adalah satu-satunya tempat yang paling sesuai untuk menyatupadukan umat Islam dan seterusnya meninggikan lagi syiar Islam di negara ini,” titah baginda.

Sultan Selangor meminta anggota jawatankuasa masjid di negeri berkhidmat dengan jujur, bertanggungjawab dan bekerjasama memakmurkan rumah Allah itu menerusi program yang memberi manafaat kepada seluruh kariah.

Masjid Seri Melati yang asalnya Surau Al-Ikhlas, mula dibina pada 1997 dan siap pada 15 Oktober 1999 dengan kos RM4.4 juta.

Masjid itu mula digunakan pada 2000

UTAMABERITALapor kepada JAIS jika ada unsur sesat - Sultan Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium