Laporan Audit Buktikan Kerajaan Makin Mantap - pakdin.my

Laporan maklumbalas

Laporan Audit bagi tahun 2011 yang baru dibentangkan hari ini secara umumnya mendapat respon positif dari berbagai pihak. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang membentangkan kutipan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM185.42 billion iaitu peningkatan sebanyak RM25.77 billion atau 16% berbanding 2010.

Kutipan LHDN juga meningkat sebanyak 26.7% dari tahun 2010, menjadikan jumlah hasil direkodkan pada RM109.61. Laporan juga menunjukkan prestasi Cawangan LHDNM untuk aktiviti audit bagi individu berpendapatan perniagaan adalah baik memandangkan 12 (70.6%) daripada 17 cawangan telah dapat mencapai/melebihi sasaran fail yang ditetapkan iaitu menepati Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.

Secara purata, semua jabatan dan kementerian kerajaan menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan juga prestasi. Ini termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengutip duti import berjumlah RM8.704 bilion iaitu kutipan yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007 yang berjumlah RM5.965 bilion.

Daripada 456 Penyata Kewangan tahun 2011 terhadap kerajaan dan agensi dibawahnya yang diaudit, sebanyak 388 daripadanya telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan hanya 25 penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Manakala, baki 43 penyata kewangan lagi masih dalam proses pengauditan.

Berbanding 2010, sebanyak 368 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran dan 33 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berteguran.

Peningkatan yang direkodkan secara tidak langsung membuktikan yang program transformasi yang dilaksanakan telah menunjukkan hasil yang memuaskan.

Dengan pembentangan Bajet yang mendapat sambutan yang begitu baik dari rakyat, laporan audit ini dijangka memberi impak positif yang berganda dari segi politik kepada parti memerintah. Apatah lagi dengan pembentangan Bajet alternatif oleh pembangkang yang penuh dengan kelemahan, sokongan rakyat kepada parti memerintah dijangka meningkat dengan drastik, terutama dengan sokongan dari golongan peniaga.

Secara dasarnya, rakyat semakin yakin dengan parti memerintah, maka walaupun berpendirian atas pagar, mereka tidak akan sesekali memperjudikan masa depan dengan memilih sesuatu yang tidak pasti.

Kutipan Hasil Catat Peningkatan

185.42 bilion ringgit hasil – berjaya dikutip pada tahun lalu.

Ia peningkatan 25.77 bilion ringgit atau 16.1 peratus – berbanding 159.65 bilion ringgit pada tahun 2010.

Peningkatan itu hasil kenaikan harga petroleum dunia, perkembangan ekonomi domestik yang kukuh, serta penguatkuasaan berterusan Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pertambahan hasil kerajaan persekutuan turut disumbang oleh LHDN berjumlah 109.61 bilion ringgit pada tahun 2011 – menokok 26.7 peratus berbanding tahun 2010.

Manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia pula meningkat 30.38 bilion ringgit atau 7.9 peratus.

Kandungan penuh laporan itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara.

….

…..

Agensi Kerajaan Catat Prestasi Lebih Baik

Pengurusan kewangan agensi kerajaan pada tahun 2011 mencatatkan prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan 111 atau 31.4 peratus kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan sangat baik.

Ia berbanding 77 atau 21.6 peratus pada tahun 2010 dan 48 atau 12 peratus pada tahun 2009.

Perkara itu terkandung di dalam laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan dan aktiviti kerajaan persekutuan, badan berkanun dan kerajaan-kerajaan negeri 2011 yang diedarkan kepada semua Ahli Parlimen siang tadi.

Dalam kenyataan media Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata sebanyak 456 penyata kewangan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam negeri telah diaudit.

388 daripadanya telah diberi Sijil Audit Tanpa Teguran.

Manakala 25 lagi diberi Sijil Audit Berteguran.

Pengauditan antara lain dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan dan pengurusan hasil cukai.

Seperti tahun lalu semua ketua jabatan telah dimaklumkan bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil.

UTAMALaporan Audit Buktikan Kerajaan Makin Mantap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium