FDI Jatuh: Laporan Ekonomi Bukan Macam Manifesto Yang Boleh Ditemberang – Najib - pakdin.my

Tak ada angin, tak ada ribut, pagi ini Lim Guan Eng dengan tiba-tiba dan bangganya melaporkan bahawa pelaburan terus asing (FDI) naik 350% untuk 9 bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas.

Lalu, dia memuji kerajaan PH atas kejayaan untuk 5 bulan ini (Mei sehingga September).

Saya amat pelik sebenarnya.

Tiap-tiap hari kita baca laporan media bahawa rizab antarabangsa negara semakin susut, unjuran ekonomi negara terus diturunkan, Ringgit semakin jatuh nilainya, indeks bursa jatuh dengan pengaliran keluar dana asing dan kadar pertumbuhan KDNK ekonomi merosot untuk suku kedua dan suku ketiga.

Saya pun rujuk laporan rasmi FDI dari BNM dan Jabatan Statistik Negara.

Rupanya, angka rasmi dari dua-dua agensi ini menunjukkan kejatuhan teruk untuk FDI bagi 9 bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas.

Angka rasmi dan sahih tunjukkan FDI jatuh 3 kali ganda dan BUKANNYA naik 3 kali ganda sebagaimana diumum oleh Guan Eng.

FDI untuk suku pertama yang tinggi pun sudah menjunam turun bagi suku ke-2 dan suku ke-3..

Adakah Guan Eng terus menipu ataupun agensi-agensi rasmi kerajaan tersalah lapor? Atau sebagaimana pada masa lalu, Guan Eng hanya pandai ‘main hantam’ sahaja?

Guan Eng perlu tahu bahawa laporan kedudukan ekonomi bukan manifesto PRU yang boleh ditemberang atau ditipu dengan mudah.

Sekali lagi, ini sebuah kerajaan, bukan taman permainan atau sarkas.

Facebook Najib Razak

Rujukan:

PRESTASI EKONOMI MALAYSIA SUKU TAHUN KEDUA 2018
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=MnRxTGZPUG0rd3VmRUREL2VnOGtOdz09

https://pakdin.my/tag/fdi

UTAMAEKONOMIFDI Jatuh: Laporan Ekonomi Bukan Macam Manifesto Yang Boleh Ditemberang – Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium