Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
28,400
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,019
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Indonesia
4,082,454
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Indonesia
143,205
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Global

All countries
244,510,378
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
All countries
219,798,124
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
All countries
4,965,596
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Laporan JAIS Mengenai Pemeriksaan Di Gereja Akan Siap Dalam Sebulan – MB Selangor

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memohon tempoh sebulan lagi untuk menyiapkan laporan mengenai pemeriksaan yang dilakukan jabatan itu di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lepas, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata permohonan itu dibuat oleh jabatan itu pada Khamis lepas semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan wakil Jais dan Harapan Komuniti, penganjur majlis makan malam di gereja itu.

“Pada perjumpaan itu, Jais menyatakan mereka masih belum menyiapkan laporan dan kami memutuskan untuk memberikan masa kepada mereka bagi menyiapkan laporan itu dan tindakan lain yang perlu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini Selasa.

Abdul Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran yang dibincangkan pada perjumpaan itu dan hanya berkata perjumpaan membabitkan tiga bahagian.

“Yang pertamanya untuk mengesahkan fakta (berkaitan pemeriksaan dilakukan Jais di gereja itu), dan kemudian untuk mengesahkan prosesnya (hak Jais mengadakan pemeriksaan itu) dan akhir sekali sama ada pemeriksaan itu adalah perkara biasa ataupun tidak.

“Daripada situ, kami boleh buat rumusan untuk memperkemaskan laporan dan untuk mencadangkan tindakan lain,” katanya dan menurutnya beliau akan mengadakan dua lagi perjumpaan dengan Jais.

Abdul Khalid berkata Jais berpendapat mereka mempunyai kes prima facie berdasarkan keterangan yang dikumpul berkaitan pemeriksaan di gereja itu.

Menteri Besar sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa pendengaran untuk menyiasat pertikaian mengenai pemeriksaan yang dibuat Jais di gereja itu.

Khamis lepas, wakil Jais dan Harapan Komuniti mengadakan perjumpaan dengan anggota jawatankuasa pendengaran itu yang terdiri daripada Abdul Khalid, mufti negeri Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abdul Majid Omar.

Rumah terbuka itu ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021