Laporan: Mahathir bayang akan kekal sebagai PM selepas 2020

Mahathir juga berkata, beliau tidak boleh menjamin siapakah yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri. | pakdin.my

DOHA: Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan beliau mungkin akan kekal sebagai perdana menteri sehingga selepas 2020.

Ketika ditanya dalam Forum Doha di Qatar jika beliau akan berundur pada 2020, Mahathir berkata, beliau mahu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan lepas sebelum meletak jawatan.

Mahathir juga berkata, beliau tidak boleh menjamin siapakah yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Pada 10 Dis, Mahathir berkata, beliau akan menyerahkan kuasa kepada calon penggantinya Anwar Ibrahim, walaupun wujud dakwaan salah laku seks terbaru terhadap pemimpin PKR itu.

Mahathir juga berkata, beliau mungkin melepaskan kuasa selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada Nov 2020.

Comments

comments

2 KOMEN

Comments are closed.