Laporan Polis Terhadap Tun M, LGE Dan Tommy - pakdin.my

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Negeri Pahang telah berjaya membuat laporan polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Laporan polis yang diketuai Pengerusi UMMAH Pahang, Ustaz Roslan Md Esa bersama rakan-rakan NGO lain dan PAS Kawasan Bentong ini telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, di sini malam tadi.

Laporan mengenai salah guna kuasa dilakukan mereka itu adalah berdasarkan ucapan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan pada Sidang Dewan Rakyat, di Parlimen baru-baru ini.

Menteri tersebut telah mendedahkan salinan surat yang menunjukkan campur tangan secara langsung oleh Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu berkaitan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, Takiyuddin juga turut menyatakan bahawa Guan Eng dan Tommy juga telah terlibat mengarahkan pembatalan pembekuan aset milik taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes berkenaan.

Kesalahan ini disifatkan UMMAH sebagai sangat serius yang merupakan tindakan menyalahguna kuasa dan salah mengikut undang-undang negara di mana hendaklah disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Rasuah, penyalahgunaan kuasa, menyalahgunakan kedudukan adalah satu jenayah besar yang tidak boleh diterima sama sekali oleh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan keadilan.

“Kita berharap agar pihak PDRM dan SPRM bertindak secara tegas dan serius terhadap tiga penama yang kita buat _report_ malam ini. Mereka bukan orang biasa-biasa tetapi mereka orang penting.

“Rakyat perlu tolak pemimpin yang menyalahguna kuasa dan yang khianat terhadap amanah yang diberikan,” ujar Ustaz Roslan.

UTAMABERITALaporan Polis Terhadap Tun M, LGE Dan Tommy

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium