24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn” susulan pengumumannya melakukan genjatan politik, tidak benar.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, juga menafikan dakwaan mesyuarat selama empat jam membabitkan pemimpin UMNO sebelum ini, yang menekan Ahmad Zahid membuat pendirian sedemikian.

“Laporan itu jelas tidak benar malah tidak wujud pun mesyuarat selama itu. Pertimbangan presiden UMNO mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan adalah keputusan beliau sendiri.

“Presiden dan UMNO memahami keutamaan adalah rakyat, apalagi bila membabitkan nyawa dan kesihatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Justeru, beliau berkata, tindakan presiden UMNO itu tepat, apabila rakyat dan negara didahulukan, bukannya politik.

Portal itu semalam mendakwa berlangsungnya mesyuarat empat jam membabitkan Ahmad Zahid serta pengerusi perhubungan UMNO negeri yang marah atas tindakan pimpinan tertinggi menyokong tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan.

Sementara itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, gerakan untuk menukar Perdana Menteri pada masa ini tidak akan membantu negara mengurangkan penularan COVID-19.

“Mengganggu kestabilan perkara paling mudah. Tukar Perdana Menteri tidak menghapuskan virus ini. Malah pilihan raya juga tidak akan menyelamatkan rakyat malah boleh memporak perandakan lagi.

“Situasi kita ini luar biasa. Tiada rujukan kecuali melihat kepada pelbagai pendekatan dan menggubal preskripsi kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata, kestabilan diperlukan dan kerajaan ketika ini akan mengambil tindakan untuk mengurangkan impak COVID-19.

“Negara di Barat mengisytiharkan darurat, bagi menjamin kerajaan dapat tumpukan perhatian kepada COVID-19 dan keselamatan negara. Berbilion ringgit dana negara terpaksa digunakan dan negara boleh bankrap angkara COVID-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya perlu membuat persiapan menggubal prosedur operasi standard baharu yang komprehensif sebelum boleh mengadakan pilihan raya umum.

“Malah Pilihan Raya Kecil seperti di (Parlimen) Batu Sapi yang wajib diadakan, patut tidak diadakan sehingga semuanya terkawal.

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

SumberMyKMU

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...