Laporan Sarawak Report berupa serangan jahat – Peguam Rosmah

surat-peguam-rosmah

Peguam Datin Seri Rosmah Mansor, Messrs Noorhajran Mohd Noor, mengeluarkan kenyataan menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh satu portal berita terhadap anak guamnya.

Sarawak Report mendakwa bahawa antara 10 Februari dan 23 April, RM2 juta dimasukkan ke dalam bank akaun isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kesimpulan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap anak guam saya adalah serius, berniat jahat dan tidak berasas.

“Akaun bank yang dirujuk dalam laporan berkenaan merupakan akaun peribadi anak guam saya. Ia dibuka pada 1984 ketika anak guam saya bertugas dengan Island &Peninsular Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai !&P Group Sdn Bhd) untuk kemudahan beliau,” kata kenyataan dari peguam Rosmah.

Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, beliau berkata objetif utama peraturan itu adalah untuk mempromosikan kestabilan kewangan.

“Bagi meneruskan objektif ini bank akan bertindak dengan adil dan secara profesional bagi melindungi hak dan kepentingan pelanggan perkhidmatan kewangan berkenaan.

“Melindungi dan mengehadkan maklumat terutama sekiranya ada pertanyaan mengenai hal ehwal pelanggan tertentu juga terdapat dalam Akta yang sama.

“Dalam kes pelanggaran fungsi Bank dan memandangkan profil anak guam saya di peringkat negara dan antarabangsa, diharapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan serta-merta dan/atau dalam masa 72 jam menjalankan siasatan terhadap kebocoran maklumat di bank berkenaan.”

Peguam Rosmah turut berkata anak guamnya menyifatkan kegagalan BNM untuk melakukan siasatan serta merta akan menjadikan pelabur dan pelanggan hilang kepercayaan terhadap institusi kewangan.

“Peraturan terhadap privasi dan kerahsiaan perlu dipatuhi dengan ketat.

“Kegagalan menghalang trend negatif ini berkemungkinan akan tersebar ke entiti lain pula,” katanya.

Beliau turut berkata Sarawak Report bertindak secara tidak bertanggunjawab dan terang-terangan mempunyai niat jahat untuk mencemar nama dan menfitnah serta menjatuhkan kredibiliti anak guamnya.

Dalam hal ini, beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan menggunakan Akta SKMM 1998 sekiranya kandungan (dakwaan) iotu melanggar undang-undang Malaysia.

“Anak guam saya tidak melakukan jenayah atau penyelewengan dana dan kami menafikan sekeras-kerasnya adanya hubungan mengenai dana yang digunakan dari 1MDB.

“Laporan berkenaan dianggap tidak senonoh, mengancam, palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya.

“Clare Rewcastle Brown dikenali umum sebagai Ketua Pengarang Sarawak Report. Dengan menerbitkan laporan tidak benar terhadap anak guam saya, dengan semangat kewartawanan, beliau sepatutnya menjustifikasikan laporan mereka,” kata kenyataan itu lagi.

3 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini