26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

LAPORAN TIDAK BERETIKA TERBARU WSJ, MEDIA BARAT DALAM ISU 1MDB

WSJ pemfitnah
WSJ Pemfitnah

1. WSJ dan rakan sekutunya sekali lagi telah membuat laporan secara tidak beretika untuk menyerang dan memperburuk-burukkan Kerajaan Malaysia.

2. Teknik yang sama dengan teknik pelaporan sebelum ini digunakan, iaitu dengan satu pihak memetik satu sumber yang tidak jelas sebagai sumber berita. Seterusnya, berita ini dipetik oleh rakan sekutunya yang akan mengolah laporan tersebut seolah-olah menerima maklumat dari sumber yang sahih.

3. Tidak pelik apabila WSJ melaporkan berita dengan menggunakan perkataan, “menurut pasukan penyiasat” atau menurut “sumber yang boleh dipercayai” atau menurut “maklumat dalaman” sebagai sumber, kemudian mensensasikannya dengan tajuk-tajuk yang menggemparkan, tetapi kemudiannya menulis bahawa mereka masih belum dapat menghubungi pihak yang terbabit untuk mengesahkan tuduhan yang dibuat.

4. Malangnya berita yang dilaporkan oleh WSJ ini, kemudiannya dipetik oleh agensi-agensi berita lain dengan menggunakan tajuk yang sensasi juga, tetapi tanpa menyebut dalam laporan mereka bahawa WSJ masih belum dapat mengesahkan laporan tersebut.

5. Dalam laporan terbaru, WSJ memetik laporan menggunakan perkataan yang kabur seperti “pihak berkuasa dijangka akan” dan “menurut sumber yang hampir dengan perkara ini”. Siapa sahaja boleh menulis fiksyen seperti ini dan menjadikan kerahsiaan pemberi maklumat sebagai alasan untuk mengelak dari tindakan undang-undang.

6. Menggunakan teknik “memetik sumber yang boleh dipercayai” ini, WSJ bukan sahaja boleh mengada-adakan cerita seperti kononnya “pihak berkuasa akan menangkap dan mendakwa Perdana Menteri Malaysia” dan menuduh kononnya wang RM2.6 dikatakan oleh “pasukan penyiasat” datang dari 1MDB, malah boleh meloloskan diri dari tindakan undang-undang dengan mengatakan bahawa bukan mereka yang menuduh dan mendakwa, sebaliknya hanya memetik sumber yang memberi maklumat kepada mereka.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan