Larangan Anwar masuk Jepun tiada kaitan Imigresen Malaysia

Berkaitan

Terkini

Share

anwar-doraemon

Tindakan kerajaan Jepun melarang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke negara itu tiada kaitan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Perkara ini ditegaskan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Alias Ahmad kepada bnbbc.my ketika diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap Anwar di Lapangan Terbang Narita, semalam.

 

Menurut Alias, pihaknya tiada kaitan kerana Anwar masih pemegang pasport yang dikeluarkan jabatan Imigresen.

“Mungkin ada masalah dalaman di sana (Jepun). Mana-mana negara berhak menegah sesiapa masuk ke negara itu jika ada sebab tertentu,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu jika tindakan itu berkaitan pihak lain.

Berdasarkan kenyataan media Anwar, sejak keluar penjara, beliau dah tiga kali masuk negara Matahari Terbit itu.

Kali terakhir tahun 2012, tetapi pada Ahad, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.

Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.

Sementara itu, insiden dialami Anwar terus jadi viral di media sosial dan portal malah kejadian itu gambarkan melalui macam-macam sitara termasuk altraman dan Doraemon.

Di pihak Anwar pula, PKR mendakwa kerajaan menggunakan tekanan politik yang tidak kelihatan bagi melindungi kepentingannya sehingga menyebabkan Anwar dilarang memasuki Jepun.

Malah, menurut pengerusi biro guaman dan hak asasi manusia PKR Latheefa Koya, perkara itu bukan pertama kali berlaku.

“Oleh itu kami menuntut perdana menteri membetulkan keadaan dengan segera menarik balik laporan yang tidak perlu kepada kerajaan Jepun dan memberikan pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar,” katanya.-

Leave a Reply