24 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Larangan pusat hiburan – Hadi cuba ‘tegak benang basah’

ABDUL Hadi Awang bersama Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.

Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.

“Bukan…Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Karpal yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Menurut Abdul Hadi, perubahan terpaksa dibuat terhadap syarat lapan, Jadual B, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sebelum ini mewajibkan semua pusat hiburan tidak boleh beroperasi pada Ramadan dan pada malam Jumaat, selepas mengambil kira semua pandangan.

“Perubahan yang kita buat ialah, pusat hiburan boleh beroperasi dengan hanya dikunjungi oleh bukan Islam. Jika didapati ada orang Islam kita akan batal lesen serta-merta. Perubahan ini selepas kita mengambil pandangan semua pihak, terutamanya parti komponen dalam pakatan,” katanya.

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan