Larangan pusat hiburan – Terserah kerajaan Pas Kedah - pakdin.my

KUALA LUMPUR 17 Julai – Kerajaan Pas Kedah mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan mengenai arahan penutupan premis hiburan ketika Ramadan akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, katanya, kepimpinan Pas negeri serta pihak kerajaan tempatan yang terlibat diminta membuat satu keputusan tepat berkenaan arahan tersebut agar ia tidak menyekat kebebasan rakyat Kedah.

“Sama ada Pas tunduk kepada DAP atau sebagainya atau atas sebab itu Pas terpaksa dilihat mengenepikan pandangan dan keputusannya untuk memenuhi tuntutan DAP, yang penting adalah soal keperluan dan sama ada hal itu dilihat menyekat kebebasan hak rakyat, saya tidak mahu komen lebih daripada itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas tindakan Kerajaan Pas Kedah yang menarik balik arahan penutupan 13 premis hiburan di sekitar negeri itu sempena bulan puasa akan datang demi menghormati Ramadan.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pihaknya mungkin akan menetapkan syarat tertentu seperti melarang penganut Islam memasuki premis tersebut sepanjang Ramadan nanti.

Pengumuman Azizan itu dibuat selepas keputusan penutupan premis tersebut ditentang keras oleh sekutunya DAP, melalui Pengerusi parti tersebut iaitu Karpal Singh.

Pas sebelum ini telah beberapa kali menukar pendiriannya selepas ‘ditegur’ DAP termasuk dalam perubahan pendirian konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar tahunan parti itu bulan lalu.

UTAMABERITALarangan pusat hiburan - Terserah kerajaan Pas Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium