Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Lari pakai tuala

ALOR SETAR – Seorang wanita warga Thailand sempat melarikan diri dengan hanya bertuala melalui tangga kecemasan sebuah hotel bajet sebaik sahaja menghidu kehadiran anggota Jabatan Imigresen.

Namun usaha wanita itu gagal apabila berjaya dicekup anggota imigresen dalam Ops Bersepadu di sebuah hotel bajet dekat sini malam semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, wanita berkenaan antara tujuh wanita warga asing yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil soal siasat mendapati aktiviti tidak bermoral ini dijalankan melalui langganan yang dibuat menggunakan aplikasi MiChat, WeChat dan WhatsApp dengan bayaran RM220 sejam untuk layanan penuh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dalam operasi bermula 9.30 hingga 1 malam itu, pihaknya memeriksa 16 warga asing dan daripada jumlah itu seramai sembilan orang ditahan terdiri daripada lima wanita warga Thailand, seorang wanita warga Indonesia serta seorang wanita warga Laos.

“Turut ditahan dua lelaki warga Myanmar. Kesemua yang ditahan berumur antara 23 hingga 30 tahun,” katanya.

Zuhair berkata, siasatan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan bawah Per.39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah.

“Kesemua kini ditahan di lokap Imigresen Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik Sik,” katanya.

Anggota imigresen memeriksa dokumen perjalanan salah seorang wanita yang ditahan dalam operasi terbabit | pakdin.my

Berkaitan