Laungan “hapus Icerd, jahanam Icerd” di Masjid Jamek - pakdin.my

Seruan Allahuakbar, “hapus ICERD” dan “jahanam ICERD” kedengaran dilaungkan oleh sekumpulan peserta himpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk DIskriminasi Kaum (ICERD), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Himpunan yang dihadiri lebih 1,500 orang perkarangan Masjid Jamek itu akan berarak ke pusat beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Himpunan bantah ICERD anjuran Pemuda UMNO dan Pemuda PAS itu mula berkumpul sejak jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pemuda PAS Khalil Abdul Hadi dijangka menyampaikan ucapan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu-Muslim lain turut hadir.

Peserta yang kebanyakannya memakai baju berwarna putih melaungkan slogan “Tolak Icerd”, sementara pemimpin NGO bergilir menyampaikan ucapan.

Pada 24 Okt lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dilapor berkata bahawa kerajaan komited untuk meratifikasi Icerd dan lima perjanjian berhubung hak asasi manusia seawal suku tahun depan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa kerajaan hanya akan meratifikasi Icerd selepas berunding dengan semua kaum.

Perkembangan ini menyebabkan bantahan daripada beberapa pihak termasuk Pemuda UMNO yang menyifatkan Icerd bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dari segi hak istimewa bumiputera dan mengenepikan Majlis Raja-Raja.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/icerd

UTAMAPOLITIKLaungan “hapus Icerd, jahanam Icerd” di Masjid Jamek

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium