27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Lawatan Ke Gaza Cara Terbaik Zahirkan Sokongan Kepada Palestin – @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi bertemu Menteri Kabinet Palestin di Bandar Gaza di sini hari ini.Turut sama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi bertemu Menteri Kabinet Palestin di Bandar Gaza di sini hari ini.
Turut sama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menurut kata hatinya untuk melawat ke Gaza supaya dapat berada bersama-sama dengan rakyat Palestin.

“Tiada cara yang lebih baik…ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gaza bagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di sini hari ini.

Najib, yang melakukan lawatan kemanusiaan sehari ke Gaza, diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Perdana menteri berkata rakyat Malaysia boleh menghantar bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada Palestin namun beliau menganggapkan lawatan ini sebagai lambang yang amat kukuh terhadap sokongan padu kepada rakyat Palestin.

“Saya harap lebih ramai lagi pemimpin Islam dari seluruh dunia akan mengambil langkah sama. Perjuangan ini bukan hanya bagi penduduk Palestin tetapi juga kepada Ummah,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh bertemu dengan mangsa-mangsa keganasan Israel ketika berada di Bandar Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh bertemu dengan mangsa-mangsa keganasan Israel ketika berada di Bandar Gaza

Ketika berucap pada pertemuan itu, Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh berkata lawatan Najib merupakan julung kali dilakukan oleh seorang perdana menteri asing yang bukan dari negara Arab ke Gaza.

Sementara itu, Najib menyifatkan urusan lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza hari ini sebagai lancar, selamat dan berjaya.


Menulis ringkas menerusi laman tweeternya di @NajibRazak, malam ini, perdana menteri berkata lawatan beliau ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu disambut Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Melalui tulisan yang dimuat naik kira-kira dua jam lalu dan di’retweet’ oleh 532 orang, Najib yang mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin turut berkongsi pengalaman beliau mengunjungi tapak projek sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dengan kanak-kanak yang dirawat di Hospital An-Nasseer, sempena lawatan sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dengan kanak-kanak yang dirawat di Hospital An-Nasseer, sempena lawatan sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza

“Saya telah lawat Gaza dan disambut PM Ismail Haniyeh. Sempat juga kunjungi tapak projek sekolah (yang dibiayai) Malaysia. Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya,” kata Najib.


Perdana menteri turut melahirkan harapan yang lawatan singkat itu mampu mengeratkan silaturrahim antara dua negara.

Najib turut memuat naik gambar beliau bersama Ismail Haniyeh menerusi laman sosial facebook beliau dan mendapat hampir 10,000 ‘like’ dalam tempoh sama.

Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan