30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Lawyers For Liberty Tidak Berlaku Adil Pada Agama Islam?

Lawyers for Liberty on syiah

Lawyers for Liberty (LFL) merupakan sebuah NGO yang dianggotai oleh para peguam yang kononnya memperjuangkan keadilan, hak asasi dan kebebasan.  Malangnya, LFL dilihat sebagai memperjuangkan keadilan, hak asasi dan kebebasan satu pihak sahaja, iaitu pihak yang menentang atau yang bertentangan dengan Islam.

Islam adalah agama rasmi Malaysia dan umat Islam adalah manusia yang mana mempunyai hak dan kedudukannya sendiri di dalam negara ini dan di dunia ini.    Jika benar LFL memperjuangkan hak asasi, maka umat Islam juga ada hak untuk mengamalkan agama ini sepertimana negara ini juga punya hak untuk ditadbir mengikut acuan Islam sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan.

Walaubagaimanapun, LFL seolah-olah memilih untuk menafikan hak umat Islam dan juga perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.  Sedangkan, sebagai pihak yang mendokong undang-undang, LFL sepatutnya meletakkan perlembagaan di tempat tertinggi di samping undang-undang itu sendiri. Keadilan tidak wajar di lihat dari satu sudut sahaja tetapi dari semua sudut yang berbeza termasuk dari sudut pihak yang kita tidak suka termasuk musuh kita sendiri.

Jika tidak mampu melihat keadilan dari sudut berbeza, maka LFL tidak layak menganggap diri mereka sebagai pendokong undang-undang apatah lagi sebagai pejuang hak asasi manusia.

Tindakan LFL membela Syiah baru-baru ini mungkin dianggap adil oleh puak Syiah tetapi ia sebenarnya tidak adil bagi negara ini dan juga umat Islam sendiri.  Antara petikan kenyataan Pengasas LFL, Eric Paulsen berbunyi, “Lawyers for Liberty oleh itu menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama berhenti membuli dan mengganggu masyarakat Muslim Syiah, yang jika diteruskan akan mendorong kepada vigilantisme agama dan keganasan terhadap fahaman Syiah, seperti dilihat di Pakistan, Indonesia dan Mesir.

Kita menyarankan agar Eric Paulsen mengkaji dahulu latarbelakang Syiah sebelum mengambil keputusan untuk membelanya.  Bukankah ‘mengkaji’ merupakan satu tugas utama bagi seorang peguam?

Mungkin saranan kerajaan untuk memerangi puak Syiah sebagai penjenayah adalah keterlaluan tetapi itu adalah topik perdebatan yang berlainan.

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah, tindakan LFL untuk menyokong dan membela Syiah secara buta tuli dengan menganggapnya sebagai satu cabang agama Islam membuktikan bahawa LFL tidak layak untuk membicarakan hal ini, apatah lagi masuk campur dalam urusan agama Islam.

Di dalam Islam sendiri terdapat berbagai pandangan mengenai Syiah.  Bagaimanapun, cara solat, kepercayaan, amalan serta pendirian yang berbeza dan bertentangan langsung dengan Islam merupakan hujah utama Ulama-ulama Sunni menganggap Syiah sebagai terkeluar dari Islam.

Mungkin LFL tidak tahu bahawa negara ini pada dasarnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah.  Bagi mengelak perpecahan, umat Islam di negara ini wajib akur dengan pendirian pemerintah yang juga dibuat atas pendapat dan pandangan Ulama Ahli Sunnah.

LFL pula, sebagai pihak luar dari kumpulan jemaah Islam tidak wajar berhujah atas nama agama Islam dalam memperkatakan soal Syiah. Walaupun kita tidak dapat menafikan bahawa NGO ini punya hak untuk memperkatakannya dari sudut undang-undang jenayah.

Apabila LFL menyentuh mengenai Islam dan cuba membandingkan isu Syiah dengan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar, kita dapat mengesan kemungkinan LFL membawa agenda lain di sini.  LFL sebelum ini pernah menganggap polis Malaysia sebagai Taliban dalam isu upacara ibadat penganut Buddha diadakan di dalam surau di sebuah resort Johor.

Dalam isu itu, LFL pantas menghukum pihak polis dan umat Islam yang mengecam pemilik resort tersebut tanpa mengambil kira realiti negara ini.  Realitinya, penganut agama lain bebas membina tempat ibadat masing-masing dan ianya bertaburan di seluruh negara.  Tidak timbul langsung soal darurat sehingga perlu berkongsi tempat ibadat.   Realitinya, masyarakat di sini telah lama menghormati tempat ibadat masing-masing dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian perkongsian seperti itu kerana ia tidak perlu sama sekali.

Sejak azali lagi inilah amalan masyarakat Malaysia dan ternyata ia membawa keharmonian yang berpanjangan kepada negara.

Umat Islam boleh berhujah atas dasar memelihara kesucian surau tersebut dan penganut Buddha yang terlibat pula boleh berhujah bahawa mereka tidak pernah mencemarkan surau itu.  Namun, pertengkaran seperti ini tidak akan selesai selama-lamanya.

Justeru, bukankah lebih baik kita kembali kepada realiti tadi dan berpegang kepada amalan lazim?  Kenapa LFL perlu masuk campur dan sengaja merosakkan keharmonian ini?  Kenapa perlu memilih untuk memihak kepada Buddha dan bukan kepada Islam sedangkan pengasingan tempat ibadat bagi semua agama terbukti sebagai cara terbaik untuk mengekalkan keharmonian?

Kenapa mesti mencari pasal?  Kenapa perlu diubah amalan yang tidak pernah menimbulkan masalah dan membela tindakan yang membawa masalah?

Dan semua ini dilakukan atas nama hak asasi?  Berbaloikah memperjuangkan hak asasi jika ia hanya membawa kepada perpecahan dan pergaduhan?

Kesimpulannya, sebelum LFL cuba menunjuk pandai atau hero dalam isu Syiah atau Buddha atau Kristian atau apa saja, sebaiknya NGO itu memahami dahulu bahawa mereka bukan pakar bagi semua agama dan bukan semua agama adalah sama.

Hak asasi manusia tidak seharusnya mengatasi agama kerana agama itu sendiri terangkum dalam hak manusia.  Perjuangan hak asasi sepatutnya membawa keamanan bukannya pergaduhan.

Perjuangan pula harus bersandarkan ilmu pengetahuan, apatah lagi apabila ia membabitkan agama orang lain.  Oleh itu, sekiranya LFL merasakan ada yang tidak kena dalam isu Syiah, kita ada peguam-peguam Muslim yang jauh lebih bijak dan lebih layak untuk membicarakan atau memperjuangkannya.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan