Friday - July 30, 2021 @ 00:38
POLITIKLayakkah Hishammuddin dan Azmin terajui kerajaan?

Layakkah Hishammuddin dan Azmin terajui kerajaan?

Apabila tercetus ura-ura, Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn akan dicadangkan sebagai Perdana Menteri baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional, ramai yang geleng kepala.

Apatah lagi digandingkan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri, lagilah memberi gambaran buruk.

Dalam kita mengakui bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memang wajar digantikan tetapi calonnya bukanlah Hishammuddin. Begitu juga jawatan Timbalan Perdana Menteri perlukan tokoh yang lain.

Hishammuddin tidak layak kerana beberapa faktor. Beliau bukan penyandang jawatan kanan yang dipilih dalam hierarki parti UMNO. Hishammuddin tidak bertanding pada pemilihan parti yang lalu. Buat masa ini, Naib Presiden UMNO, Dato Seri Ismail Sabri lebih layak untuk mencerminkan mandat daripada UMNO.

Beliau adalah Menteri Kanan Keselamatan/Menteri Pertahanan dalam kabinet sekarang. Peranan beliau sebagai Menteri Kanan Keselamatan ketika era pandemik Covid-19, begitu signifikan.
Ismail sudah teruji ketika UMNO hilang kuasa pada PRU-14 dengan gigih berusaha bersama-sama memulihkan parti itu. Ismail juga menang pada kedudukan nombor satu dalam pemilihan Naib Presiden UMNO.

Sekiranya benar Muhyiddin akan melepaskan jawatan berikutan penolakan rakyat disebabkan pelbagai kelemahan dan kepincangan kerajaan PN, Ismail pilihan yang lebih sesuai.

Dalam UMNO, Ismail lebih diterima semua peringkat terutama akar umbi parti dan masyarakat Melayu berbanding Hishammuddin. Buat masa ini, UMNO adalah parti terbesar dalam PN.
Meskipun Muhyiddin lebih selesa dengan Hishammuddin dan Azmin, ia harus mengambil kira realiti dan penerimaan rakyat.

Biarlah Yang di-Pertuan Agong menentukan siapa bakal Perdana Menteri interim ini.

Mesejnya Hishamuddin, bukanlah calon unggul dan terbaik. Ramai lagi yang lebih berwibawa dan lebih layak untuk jawatan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri. Biarlah kali ini pemimpin yang dipilih benar-benar diterima akar umbi, mempunyai jati diri tinggindan berwibawa.

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk memilih Azmin sebagai regu untuk apa jawatan sekalipun, perlu berfikir panjang. Reputasi dan imej Azmin merudum, yang bermakna ia sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan. – editormalaya.com

Oleh Amri Ahamed

Bangsar, KL

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here