32.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 20, 2021

Lebih 100 Penduduk Di Perlis Dipindah Akibat Banjir

Lebih 100 penduduk di beberapa kawasan rendah di Chuping, Titi Tinggi, Beseri dan Bintong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak tiga hari lepas.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Perlis, mereka adalah daripada 47 buah keluarga yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan yang dibuka setakat pukul 9 malam ini.

Pusat-pusat pemindahan itu ialah di Dewan Titi Tinggi Hilir, Dewan Panggas Besar, Dewan Guar Medang Gatal, Dewan Kampung Melayu Batu 15, Dewan Kampung Syed Omar, Surau Kampung Syed Omar dan Surau Panggas Kecil.

Paras air di Empangan Timah Tasoh sehingga pukul 6 petang tadi ialah 29.26m iaitu masih di bawah paras bahaya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, berkata sehingga kini enam pintu air telah dibuka bagi memastikan paras air di empangan itu sentiasa terkawal.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.