Loading...
Home / :: BLOG :: / Lebih 1,000 Sekolah Di Sarawak Ditamatkan Perkhidmatan Unifi

Lebih 1,000 Sekolah Di Sarawak Ditamatkan Perkhidmatan Unifi

“Mereka (PH) menggantikan perkhidmatan internet ini dengan perkhidmatan jalur lebar Zoom YES dengan kelajuan minimum 1Mbps dan maksimum 4Mbps oleh YTL Communication Sdn Bhd.”

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang kecewa dengan keputusan Kementerian Pendidikan menamatkan serta merta perkhidmatan Internet TM Unifi di lebih 1,000 sekolah di negeri ini.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, Lo berkata keputusan tersebut merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak bijak.

Menurut Lo, perkhidmatan unifi berkelajuan 100Mbps yang dibekalkan di sekolah-sekolah ini sebelum ini dibayar oleh kementerian namun ditamatkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

“Tindakan Kerajaan PH ini bukan sahaja menjejaskan lebih 1,000 sekolah dan jadual pembelajaran malah turut menyebabkan lebih 2,000 guru kehilangan kerja sebab kelas komputer ditutup.

“Saya tidak faham mengapa Kerajaan PH membuat keputusan ini yang mana bagi saya adalah tidak masuk akal dan tidak bijak,” katanya.

Tambah Lo, di Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil inisiatif untuk meningkatkan kelajuan fasiliti internet.

Tetapi Kerajaan PH, jangankan memberi 100Mbps tetapi sebaliknya mereka menarik balik perkhidmatan internet 100Mbps ini.

“Mereka (PH) menggantikan perkhidmatan internet ini dengan perkhidmatan jalur lebar Zoom YES dengan kelajuan minimum 1Mbps dan maksimum 4Mbps oleh YTL Communication Sdn Bhd.

“Bagaimana sekolah dengan bilangan komputer yang banyak dapat mengendalikan komputer dengan kelajuan internet hanya 1Mbps hingga 4Mbps.

“Ini adalah tidak masuk akal dan tindakan tidak bijak oleh Pakatan Harapan. Kita cuba mempromosikan pendidikan dan sebab itu kita minta menguruskan sendiri sumber negeri ini untuk tujuan-tujuan ini,” katanya.

Loading...
(Visited 14 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

74 comments

  1. Hazel Sunday

    Tauke besat YTL …Nama penuh please…

    Ada kot..ala2.K

  2. Ahmad Shah

    Bantu kroni….yg nak tengelam…. Kroni sapa agaknya…

  3. Rokiah Abas

    Where education is concerned I am very concerned about this matter. Why do they need to downgrade. The minister should look into this matter and solve the problem

  4. Chewan Razaudi Udy

    Mmg kelaut la PH ni kroni dia juga yg untung

  5. Zainita Nita Man

    Hentamlh madey yg nk bantu kawan dia..

  6. موهد سانوسي زكريا

    yes 1bestarinet la tu…kontraknya zaman pm sblom paklah lagi…..

  7. Azmi Ashar

    Macam pernah dengan Nama ni……kroni sape ni agaknye ???

  8. Syahrul Ahmad

    Ptut d gantikn dgn YES tu company YTL tauke sapa haha

  9. Tun Hidayat

    Madey tk mau cikgu2 dan pelajar2 dapat tahu tembelangnya dengan pantas, sebab tu dikasi slow speed Internet tu… Cuba tgk balik, kos dibayar kepada ytl dengan kelajuan mcm siput babi tu adakah sama dengan kos sebelum ini, silap2 lagi lebih apa…

  10. Rokiah Abas

    Why change to YTL when there’s UNIFI. MCM ADA UDANG DISEBALIK MEE JE

  11. Ismail Johar

    Report to SPRM.. There are very2 stupid

  12. SilentDeath Apon Apon

    Yes tu pun YTL pun syarikat juga..hhmm.. Yang jual saham T7punya

  13. Rosila Adnan

    Klau tk silap pemilik YTL,Yeoh Tiong Lay

  14. Rafiuddin Bin Rosli

    Padan muka. Makin mundur la korg seb baik higway najib buat sempat siap

  15. Rosli Abdul Rahman

    Tan sri yeoh teck lee kroni madey ytl corp

  16. Syafa Syafika

    Ari 2 kemain dok canang nak naik taraf sekolah dkt Swk. Kerajaan sblm ni katanya x buat kja. Lawatan ke sekolah di Swk sblm ni katanya nak tengok sndiri tahap daifnya sekolah2 di Swk. Ni apa crita pulak…

  17. Ghazali Ismail

    Ytl tlah di ktahui sbgai kroni madey..
    Hapuskn kronism dn kleptokrasism…
    Tumbngkn kjaan PH..

  18. A Rahman Manbgn

    padan muka kena kena kecing habis nok kemajuan konon

  19. Mamat Kulat

    Jika benar lah berita ini, maka tahniahlah Sarawakians!

  20. Faridah Zainol Abidin

    Padan muka ramai wakil rakyat keluar BN

  21. Muhdsabtu Muhdsabtu

    Ini salah KM sarawak ikut yes sir pak turut lama2 sarawak kena jual

  22. Rafizan Bahrom

    Tahniah la yer.. kera jaan baru la katakan

  23. Yusof Wazir

    mamat ni mmg suka melihat malaysia huruhara….janji dedak masuk poket..

  24. Yusof Wazir

    suka tngok mamat ni meroyan…ha..ha..

  25. Afzal Afizi

    Klau tdk highway spruh siap je.hahah

  26. Kay Maria

    Mangkin kaya le kronie..shabas kerajaan PH..KERONI DIDAHULUKAN
    NASIB RAKYAT DIPERJUDIKN

  27. Intan Abd Ghani

    pm ni dri dulu lgi dia x kn bntu rakyat dia hnya fikirkn poket dia je he3

  28. Putera Arjuna

    Dah kata dah musti kroni punyer…ala msyuk kot..ala kila2 munya lorrrr..

  29. Rukiah Jamaluddin

    Tukar lah dari BN ke pembangkang. Ambil kau serawakian. . Tidak ada yg lebih baik dari BN . Percaya lah.

  30. Ali Brinching

    Sekolah masih under federal. Nanti lepas sekolah transfer ke state boleh tukar kot

  31. Nicholas Tan

    Bodoh… Kan… Dah bagus bagus BN kat sana… Korang nak tukar… Kan dah jadi haprak… Lama lama kat sana duduk dalam hutan semula lah korang…

  32. Zharest Lexx

    Kalau digantikan dengan yang lebih baik tu tak apalah ini makin kebawah pula. Terimalah hakikat dasar kerajaan tomato hancing berbisa.

  33. Haniey Ktn

    Ptt lh bria nk tumbangkn najib..pnya baik konspirasi die..kroni xleh cri mkn rupa nya..jhanam mdir kutty

  34. Nazirul Syafiq

    ??Alamatnye terlewat 1langkah lah dibelakang sarawak ni.

  35. Che Soyah Binti Amir

    Now u know the power of voting. Kroni yg dapat untung.

  36. Rosely Musa

    Kata Sarawak dah keluar BN, tak dapat perhatian ph ke..jgn le menyusahkan guru2 utk mengajar..kesian murid2 di1000 sekolah Tu..KEJAM PH

  37. Muhdsabtu Muhdsabtu

    Ini salah KM SARAWAK, yes Sir, pak turut dg Ph

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...