30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Lebih 30 polis komando Filipina terbunuh dalam pertempuran selatan Filipina (video)

milf-marwan

Seramai 30 komando polis Filipina didakwa terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pemberontak Islam di selatan negara itu, lapor seorang pegawai pemberontak pada Ahad.

Ketua Perunding Pendamaian Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal berkata, jumlah kematian dalam pertempuran pada Ahad dilapor berdasarkan maklumat daripada pihak tempatan dan kumpulan pemberontak.

 

 

“Ini akan membawa masalah besar (terhadap proses damai yang diusahakan MILF dengan kerajaan Filipina),” jelas Iqbal.

Ketua Polis Wilayah itu, Noel Armilla memberitahu, sebanyak enam mayat anggota polis telah ditemui setakat ini.

Iqbal memberitahu, kumpulan anggota polis itu diserang ketika mereka memasuki Bandar Mamasapano di Maguindanao yang dikawal kumpulam pemberontak.

Menurutnya, kumpulan komando polis memasuki kawasan berkenaan untuk menahan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), Marwan yang dikehendaki dengan tawaran AS$5 juta.

Operasi itu juga dikatakan tidak diselaraskan dahulu dengan MILF yang tidak berkerjasama dengan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Iqbal yakin kejadian itu tidak akan merencatkan proses damai yang sedang berjalan kerana kumpulan pemberontak terbabit tidak terlibat dalam pendamaian berkenaan.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...