32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Lebih 30 Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Jenayah Siber Setiap Hari

undang-undang-siber-malaysia

Seramai 30 rakyat Malaysia menjadi mangsa jenayah siber setiap hari, dengan kebanyakan kes disebabkan oleh penipuan dan pencerobohan secara dalam talian.

Dan paling membimbangkan bilangan itu hanya sebahagian sahaja kerana lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan atau tidak disedari mangsa.


Virus yang tersebar dalam telefon pintar atau komputer untuk mendapatkan kata laluan perbankan, akaun media sosial yang dihubungkan menerusi perkhidmatan jalur lebar mudah alih (WiFi) di tempat awam mungkin terdedah kepada ancaman godam, manakala yang lain disebabkan oleh taktik lama dalam penipuan siber.

“Kelemahan dalam keselamatan siber adalah orang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab.

Beliau berkata, rakyat Malaysia semakin celik teknologi, namun masih kurang pemahaman mereka mengenai bagaimana untuk melindungi diri secara dalam talian.


Beliau menegaskan bahawa pendidikan lebih baik mengenai bagaimana untuk mengendalikan tetapan di laman web akan mengurangkan bilangan rakyat Malaysia yang “mudah tertipu” dan kes jenayah siber, yang dilihat semakin meningkat setiap tahun.

“Kita menawarkan kira-kira 26 program di laman web kami di cyberguru.my yang meliputi peringkat asas sehingga profesional dalam latihan keselamatan siber.

“Kita mahu mendidik orang ramai supaya menjadi pengguna Internet yang bijak, bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dan bagaimana untuk menangani masalah sekiranya mereka telah menjadi mangsa,” katanya.


Antara kursus yang ditawarkan termasuk kelas untuk ibu bapa supaya memantau anak-anak mereka dan bagaimana untuk menapis kandungan yang dilayari anak-anak di Internet, bagaimana untuk mengenal pasti emel yang mungkin mempunyai virus. Kebanyakan kelas mengambil masa sehari sehinga dua hari.

Setakat ini, CyberSecurity menerima 3,752 kes penipuan dan pencerobohan secara dalam talian, dan mengejutkan apabila sebanyak 191,096 laporan mengenai ancaman atau serangan virus botnet atau malware dalam alamat Internet Protokol (IP) pada tahun ini.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan