Lebih 300 Pengikut Al-Arqam Di Ketuai Ummu Jah Lafaz Sumpah Taubat - pakdin.my

ummu-jah

Balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam bersama 350 pengikutnya hari ini melafazkan pengisytiharan taubat di depan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin di sini, hari ini.

Beliau yang juga peneraju syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) mengaku melanggar prinsip Islam sebenar bersasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariat dan akhlak Islam seperti dinyatakan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kami hari ini bertaubat dengan sebenar taubat dan menyesal dengan perbuatan lalu kami.

“Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan wajib bagi kami untuk tidak memberi ruang kepada tempias sisa fahaman serta pegangan terdetik di hati kami.

“Kami juga akan berusaha menjadi orang Islam yang patuh kepada displin Ilmu dan melaksanakan keperluan tuntutan dan falsafah Rukun Islam serta Rukun Iman,” katanya ketika melafazkan perisytiharan taubat pada Majlis Istitabah pengikut al-Arqam di Hotel Concorde di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin; Pengerusi Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor, Sallehen Mukhyi dan Timbalan Mufti Jabatan Mufti Negeri Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Pada majlis itu, Hatijah Aam yang dikenali Ummu Jah, 59, turut menandatangani Dokumen Perisytiharan Taubat Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin.

Akhbar BH hari ini melaporkan bahawa Hatijah Aam dan 17 pengikutnya diperintahkan untuk menjalani bon berkelakuan baik bersyarat selama tempoh setahun selepas mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar arahan Mufti melalui fatwa berkenaan dengan pengharaman ajaran itu.

Beliau turut didenda RM1,000 kerana mengaku salah menerbitkan buku berjudul 45 Tahun Perjuangan Abuya yang kandungannya bertentangan dengan hukum syarak.

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMALebih 300 Pengikut Al-Arqam Di Ketuai Ummu Jah Lafaz Sumpah Taubat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium