Lebih 30,000 Tetamu Hadir Rumah Terbuka Musa Dan Jemaah Menteri Sabah - pakdin.my

Lebih 30,000 tetamu hadir ke majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan jemaah menteri negeri yang diadakan Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas dekat sini, hari ini.

Antara orang kenamaan yang hadir pada majlis bermula jam 10 pagi itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Bercakap kepada pemberita, Musa berkata beliau gembira kerana sambutan Hari Raya tahun ini amat meriah.

Beliau berkata kehadiran tetamu yang begitu ramai itu menunjukkan kemesraan dan kesepaduan rakyat di Sabah terutama dalam merayakan bersama Hari Raya Aidilfitri.

“Kita lihat perasaan persaudaraan itu wujud di mana yang datang bukan sahaja orang Islam dan Melayu tetapi semua lapisan masyarakat tanpa mengira suku kaum dan budaya.

“Semua yang hadir ada perasaan kekitaan. Saya percaya perasaan kekitaan ini perlu diteruskan agar wujud keadaan yang selesa, aman dan damai secara berterusan di negeri ini,” katanya.

Musa dan jemaah kabinet negeri turut berterima kasih kepada semua pengunjung yang datang beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri itu.

UTAMABERITALebih 30,000 Tetamu Hadir Rumah Terbuka Musa Dan Jemaah Menteri Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium