Lebihan Akaun Semasa Malaysia Naik Kepada RM16.2 Bilion Pada Suku Ke-4 2013 - pakdin.my

ringgit-malaysia

Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM16.2 bilion bagi suku keempat 2013, daripada RM9.8 bilion pada suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Peningkatan ini disumbang daripada lebihan tinggi akaun barangan yang berjumlah RM33.6 bilion, dan defisit rendah akaun perkhidmatan pada RM3.7 bilion.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi keseluruhan 2013, akaun semasa negara mencatatkan lebihan RM37.3 bilion, turun daripada RM57.3 bilion pada 2012.

Pelaburan langsung bersih dalam suku keempat mencatatkan aliran masuk RM4 bilion, meningkat daripada RM2 bilion dalam suku sebelumnya.

Aliran keluar pelaburan portfolio bersih berjumlah RM700 juta, turun daripada RM9.7 bilion pada suku ketiga.

UTAMAEKONOMILebihan Akaun Semasa Malaysia Naik Kepada RM16.2 Bilion Pada Suku Ke-4 2013

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium